Gol Salah, Firmino pastikan Liverpool melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam satu dekad
MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengkritik pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz dan juga beberapa keputusan yang menjejaskan peluang pasukannya selepas tewas 1-2 kepada Liverpool pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara dan tersingkir dari kejohanan dengan agregat 1-5 Selasa lepas.
Guardiola terpaksa menjadi penonton perlawanan dalam separuh masa kedua selepas dibuang padang kerana membuat bantahan keterlaluan pada masa rehat ketika impian City untuk memburu kejuaraan Eropah yang pertama berkecai.
City mendahului 1-0 ketika itu hasil gol Gabriel Jesus seawal minit kedua perlawanan tetapi mereka mula berasa tertekan apabila gol Leroy Sane tidak dibenarkan kerana dikatakan ofsaid sebelum rehat.
“Ia ada beza untuk berehat pada kedudukan 2-0,” kata Guardiola, yang juga percaya gol pembukaan Liverpool ketika menang 3-0 pada perlawanan pertama di Anfield minggu lepas, seharusnya tidak dibenarkan kerana ofsaid.
“Apabila pasukan bermain dengan seimbang, keputusan seperti ini memberi kesan besar.”
Mohamed salah mengesahkan tempat Liverpool ke separuh akhir buat kali pertama dalam satu dekad apabila menjaringkan gol kedua 11 minit selepas rehat untuk mengikat kedudukan sebelum Roberto Firmino memastikan kekalahan ketiga berturut-turut City, kali pertama sepanjang hampir dua tahun Guardiola membimbing City.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji kematangan pasukannya untuk menamatkan saingan dalam separuh masa pertama.
“Pemain menemui satu penyelesaian. Kami mempunyai dua atau tiga ketika pada akhir separuh masa pertama, jadi ia adalah mudah untuk saya dan pemain melihat perkembangan permainan dan juga kami sudah bersedia meningkatkannya,” kata Klopp.
Liverpool ketinggalan 17 mata di belakang City, yang mendahului kedudukan liga tetapi mereka sudah menewaskan City sebanyak tiga kali dari empat pertemuan musim ini.
“Saya benar- benar fikir mereka adalah pasukan terbaik di dunia ketika ini tetapi saya tahu kami boleh menewaskan mereka,” tambah Klopp.
“Kami seharusnya menikmati saat akhir. Sudah agak lama Liverpool tidak melangkah ke separuh akhir dan sekarang kami mengharunginya.”
Guardiola mengakui sebelum ini di mana pasukannya perlu bermain ‘dengan sempurna’ dan mereka mening- katkan a p a - memb u k a jaringan seawal minit kedua.
Liverpool juga tidak gembira dengan Mateu Lahoz pada apa yang merupakan malam kontroversi untuk pengadil dari Sepanyol itu apabila pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mendakwa beliau ditolak pemain sayap City, Raheem Sterling sebelum menjaringkan gol pembukaan.
Pengadil bagaimanapun tidak mengendahkannya dan umpanan Sterling disempurnakan Jesus. keyakinan b i l a
Salah diragui dapat diturunkan kerana kecederaan pada perlawanan pertama tetapi Liverpool gagal mencari ruang untuk beliau pada 45 minit pertama ketika City mengawal permainan.
Bernardo Silva kemudian melihat cubaannya tersasar sebelum satu lagi cubaan terkena palang ketika City meningkatkan asakan.
“Separuh masa pertama adalah bagus,” tambah Guardiola. “Kami ada satu cubaan terkena palang tetapi apabila anda mempunyai peluang, anda harus menyempurnakannya.”
Detik penting berlaku beberapa saat kemudian apabila Sane menjaringkan gol penyamaan se- l e p a s t u m - bukan penjaga g o l L o r i s K a - r i u s t e r k - e n a r a k a n sepasu- kannya, James Milner tetapi pengadil tidak membenarkan gol itu kerana dikatakan ofsaid.
Guardiola berlari masuk ke dalam padang selepas wisel rehat ditiup pengadil untuk mengawal pemainnya dari membantah keputusan pengadil sebelum beliau sendiri membuat bantahan kepada Lahoz, menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning.
City boleh difahami hilang rentak selepas rehat dan Salah mengikat kedudukan rembat
a n bola muntah selepas rembatan Sadio Mane gagal ditepis kemas penjaga gol City, Ederson pada minit ke-56.
Minggu malang City lengkap selepas gagal mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila tewas kepada Manchester United hujung minggu lepas apabila Firmino melengkapkan jaringan ke- t i k a berbaki 1 3 minit p e r - mainan. — AFP