Utusan Borneo (Sarawak)

Iniesta akui sangat kecewa dengan penyingkir­an Barcelona

-

MADRID, Sepanyol: Kapten Barcelona, Andres Iniesta mengakui berasa sangat kecewa selepas pasukannya tersingkir dari Liga JuaraJuara apabila tewas 0-3 kepada AS Roma walaupun menang 4-1 pada perlawanan pertama.

“Ia sangat menyakitka­n kerana tiada siapa menjangkak­annya selepas kemenangan besar dari perlawanan pertama,” kata Iniesta ketika memberitah­u Catalunya TV.

“Apabila anda melakukan sesuatu yang teruk, anda melakukan banyak kesilapan dan kami gagal menyesuaik­an diri dengan permainan. Ia kekecewaan yang terbesar selepas musim yang kami harungi.”

Barcelona mendahului 41 dari perlawanan pertama tetapi kekalahan 0-3 di Stadio Olimpico menyebabka­n mereka tersingkir dari saingan berdasarka­n gol di tempat lawan.

Ia adalah penyingkir­an ketiga berturut- turut di peringkat suku akhir dalam pertanding­an ini.

“Kami sentiasa memberikan yang terbaik tetapi tersingkir dan kami merasai kekecewaan semua orang. Kami mempunyai harapan yang tinggi musim ini tetapi sekali lagi kami gagal,” tambah pemain berusia 33 tahun yang mengakui perlawanan itu mungkin penampilan terakhir beliau dalam pertanding­an itu untuk Barcelona dengan masa depan beliau diragui selepas musim ini.

Kekalahan memusnahka­n impian Barca memenangi tiga kejuaraan musim ini selepas mereka berkeduduk­an selesa di tangga teratas La Liga Sepanyol dan melangkah ke final Copa del Rey menentang Sevilla lewat bulan ini.

Mereka juga belum tewas dalam liga dan satu- satu kekalahan musim ini ialah kepada Espanyol (perlawanan pertama timbal-balik) dalam perlawanan Copa del Rey.

“Saya akan menipu jika saya memberitah­u bahawa kami boleh mendapat sesuatu positif dari perlawanan ini,” kata seorang lagi pemain tengah Barca, Sergio Busquets.

“Ia cara yang menyedihka­n untuk tersingkir selepas keputusan dari perlawanan pertama. Mereka lebih bagus dalam semua aspek.”

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu juga meminta maaf kepada penyokong kelab.

“Impian untuk kita semua ialah melangkah ke separuh akhir dan saya meminta maaf kepada semua penyokong Barcelona di seluruh dunia,” kata beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERTEKAN: Iniesta(depan) diasak hebat oleh pemain tengah Roma, Kevin Strootman ketika beraksi pada perlawanan di Stadio Olimpico, Rom Selasa lepas.
— Gambar AFP TERTEKAN: Iniesta(depan) diasak hebat oleh pemain tengah Roma, Kevin Strootman ketika beraksi pada perlawanan di Stadio Olimpico, Rom Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia