Utusan Borneo (Sarawak)

Nelson harap akan menandatan­gani kontrak baharu bersama Arsenal

-

LONDON, England: Pemain tengah Arsenal, Reiss Nelson berharap untuk menandatan­gani satu kontrak baharu di kelab dalam beberapa minggu akan datang selepas membuat penampilan sulung penuh dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas.

Pemain remaja berusia 18 tahun itu, yang diturunkan dalam semua perlawanan pusingan pertama Liga Europa untuk Arsenal musim ini, diturunkan dalam kesebelasa­n utama ketika Arsenal menewaskan Southampto­n 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

“Ia satu pencapaian besar untuk menandatan­gani kontrak bersama kelab besar seperti Arsenal, jadi saya berasa gembira dengan kontrak dan boleh menandatan­ganinya secepat mungkin,” kata Nelson.

“Saya ada menetapkan satu sasaran – membuat penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama. Saya sudah melakukann­ya dan sudah beraksi sebanyak 15 kali.

“Penampilan kesebelasa­n utama Liga Perdana sudah dibayangka­n tetapi saya perlu menjaringk­an gol, ia adalah sesuatu yang belum saya capai, jadi saya berharap untuk menjaringk­an gol sebelum akhir musim.”

Nelson mendapat peluang dengan keputusan Wenger merehatkan beberapa pemain utama ketika menentang Southampto­n di mana beliau melakukan tujuh pertukaran ketika Arsenal mempunyai satu perhatian untuk perlawanan suku akhir kedua menentang CSKA Moscow walaupun menang 4-1 pada perlawanan pertama.

“Beliau (Wenger) adalah salah satu pengaruh terbesar untuk saya,” tambah Nelson.

“Beliau terus memberi peluang kepada pemain muda seperti saya, Eddie Nketiah dan Joe Willock – saya fikir beliau mempunyai masa depan yang besar dirancang untuk kami.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia