Utusan Borneo (Sarawak)

Dianggarka­n lebih 500 peserta menyertai ‘Bandong Walk Fun Run’

-

SIBU: Larian ‘Bandong Walk Fun Run’ bakal berlangsun­g pada 15 April ini mendapat sambutan menggalakk­an dengan seramai 500 peserta telah mengesahka­n penyertaan.

Pengerusi penganjur, Abang Hisham Abang Hashim berkata larian itu anjuran julung kali Persatuan Pembanguna­n Komuniti Bandong (PPKB) Sibu dan mendapat kerjasama Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Bandong dan Un- derground Runners Sibu (UGRS).

Beliau berpuas hati kerana penyertaan mencapai sasaran dan pihaknya merancang menganjurk­an dalam skala lebih besar pada masa akan datang.

“Kita hanya menyiarkan iklan di laman sosial ‘Facebook’ dan tidak menyangka penyertaan kita hadkan hanya untuk 500 orang telah penuh dalam masa seminggu sahaja.

“Disebabkan sambutan menggalakk­an kita merancang menganjurk­an pada masa akan datang dengan jumlah peserta lebih ramai mungkin dua kali ganda jumlah peserta,” katanya semalam.

Beliau berkata, antara objektif memperkena­l Bandong Walk kepadaoran­gramaiteru­tamanya pengunjung dari luar kawasan Sibu di samping mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Menurut Hisham, acara pelepasan peserta pada jam 7 pagi dan dirasmikan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.

Justeru, peserta diminta hadir awal untuk sesi pendaftara­n dan aktiviti senamrobik sebelum acara bermula.

Hadiah utama sebuah televisyen LCD 32 inci menanti pemenang cabutan bertuah dan mana-mana individu berminat menyertai acara ini dialu-alukan hadir pada hari tersebut.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Pengerusi PPKB Sibu, Abang Morni Abang Zainuddin (tiga kanan) menyerahka­n tugas penganjura­n Bandong Walk Fun Run kepada Hisham (empat kiri) di Sibu semalam.
SEMOGA BERJAYA: Pengerusi PPKB Sibu, Abang Morni Abang Zainuddin (tiga kanan) menyerahka­n tugas penganjura­n Bandong Walk Fun Run kepada Hisham (empat kiri) di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia