Utusan Borneo (Sarawak)

Perenang dari Sarawak itu fokus persediaan menghadapi Sukan Asia Jakarta pada Ogos depan

-

GOLD COAST: Selepas pulang dengan tangan kosong pada Sukan Komanwel Gold Coast, perenang negara Welson Sim Wee Sheng tekad mahu melupakan kekecewaan itu dan fokus dengan persediaan menghadapi Sukan Asia Jakarta pada Ogos depan.

Perenang dari Sarawak itu gagal meraih sebarang pingat dalam empat acara yang disertai iaitu 100m gaya bebas, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas dan 1,500m gaya bebas.

“Sebagai persediaan sebelum beraksi pada Sukan Asia, saya akan mengikuti kem di luar negara (tidak pasti di mana lagi) selepas Terbuka Malaysia pada Mei depan,” katanya selepas mengakhiri kempen renang di Gold Coast, malam kelmarin.

Terbuka Malaysia merupakan kejohanan kelayakan ke Sukan Asia, namunWelso­nsudahmenc­apai kedudukan ketiga kelayakan Sukan Asia dengan catatan 3:50.38s dari Incheon empat tahun lepas dalam acara 400m gaya bebas.

Beliau berpendapa­t cabaran yang bakal diterima di Sukan Asia adalah setanding sebagaiman­a yang diterimany­a pada Sukan Komanwel kali ini.

Di Gold Coast, pada hari pembukaan saingan renang berlangsun­g, Welson berjaya melangkah ke pusingan akhir acara 400 meter (m) gaya bebas dan muncul sebagai perenang negara perta- ma mara ke final sejak 2002, namun beliau berakhir pada kedudukan ketujuh dengan catatan masa 3:53.36s.

Dalam acara 200m gaya bebas pula beliau gagal memecah rekod kebangsaan 1:47.36s seperti yang diidamkan apabila hanya merekodkan masa 1:49.58s, sekali gus tidak melayakkan dirinya untuk ke final.

Prestasiny­a bertambah buruk dalam acara 100m gaya bebas apabila beliau berada pada kedudukan ke-27 selepas mencatatka­n masa 50.91s ketika beraksi untuk tiga hari berturuttu­rut bermula dari 5 hingga 7 April.

Bagaimanap­un selepas dua hari tanpa pertanding­an, Welson kembali menutup cabaran Sukan Komanwel dengan bergaya apabila mencatatka­n keputusan pada tempat kelima dalam acara 1,500m gaya bebas (15:31.14s).

“S a y a b e r m u l a denganacar­a 400mgaya bebasdan ia agak bagus untuk ke final, namun apabila tidak berakhir dengan baik pada final, saya agak kecewa. Selepas acara 200m, saya berjumpa jurulatih, Paul Birmingham untuk berbincang apa yang perlu saya lakukan pada dua acara seterusnya. “Saya rasa dalam acara 1,500m saya berakhir dengan keputusana agak baik walaupun tidak berjaya meng a t a s i catatan t e r b a i k musim ini kerana ia lebih baik jika dibandingk­an dengan acara 400m dan 200m,” katanya mengulas prestasi keseluruha­nnya di Komanwel. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA PINGAT: Welson Sim beraksi dalam acara 1,500 meter gaya bebas akhir sempena Sukan Komanwel di Pusat Akuatik Gold Coast, Australia kelmarin.
— Gambar Bernama TIADA PINGAT: Welson Sim beraksi dalam acara 1,500 meter gaya bebas akhir sempena Sukan Komanwel di Pusat Akuatik Gold Coast, Australia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia