Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Sarikei juara Kejohanan Futsal Zon Tengah PDRM

-

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei muncul juara pada Kejohanan Futsal Zon Tengah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak 2018 di Stadium Tertutup Bukit Lima Sibu, petang kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang Piala Pusingan dan medal selepas menewaskan 11 pasukan IPD dari zon tengah lain.

Kemenangan IPD Sarikei amat bermakna apabila dua pemainnya iaitu Mohd Khairul Hisainee Abdullah dan Mohd Nor Hafiz Najid masing-masing dinobat penjaring terbanyak dan pemain terbaik.

Dalam pada itu, naib juara disandang IPD Julau manakala tempat ketiga bersama IPD Sibu dan Dalat.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Ameer Awal.

Hadir sama Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Berucap pada majlis penutupan, Ameer berkata empat pasukan teratas mewakili Zon Tengah bersaing ke peringkat Kontinjen Sarawak pada Selasa depan (17 April) di Bintulu.

“Saya sudah beritahu dengan Stanley berhubung dengan OCPD Zon Utara dan Selatan menghantar empat pasukan terbaik mereka.

“Bermakna ada 12 pasukan, empat dari Selatan, empat Zon Tengah dan empat dari Utara bertarung di Bintulu pada 17 April ini,” katanya sambil menjelaska­n kejohanan itu peringkat zon sahaja.

Sementara itu, Stanley berkata kejohanan tersebut adalah cetusan idea Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ameer Awal yang ingin mengadakan kejohanan sukan antara zon bagi daerah-daerah di Sarawak.

Katanya, kejohanan itu adalah julung kali diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia