Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpotensi melahirkan atlet bertaraf dunia

-

KUCHING: Sarawak berpotensi melahirkan ramai atlet bertaraf dunia menerusi pendedahan pada kejohanan peringkat antarabang­sa, kata Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Menurutnya, penyertaan atlet- atlet pada kejohanan bertaraf dunia mampu meningkatk­an prestasi semasa untuk lebih berdaya saing.

“Apabila kita menganjurk­an kejohanan antarabang­sa ia sekali gus memberikan pendedahan kepada atletatlet kita.

“Dengan itu, kita dapat menilai potensi pemain-pemain untuk menjadi lebih berdaya saing agar mampu menyaingi atlet- atlet negara lain di pentas dunia,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika merasmikan program tiga dalam satu, Festival Hari Santubong, Kejohanan Petanque Terbuka Sekolah Sarawak dan Terbuka Piala BAKSRI ( Politeknik Kuching) dan Karnival Pendidikan CATS II di Kampung Santubong di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Festival Hari Santubong 2018 Golnar Daud, Pengerusi BAKSRI Politeknik Kuching, Umar Abdullah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Chen Fei Ming.

Snowdan berkata, meskipun Malaysia mempunyai 40 juta penduduk namun ia tidak mustahil untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia malah sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa besar sukan di dunia.

“Kita ambil contoh New Zealand dengan kepadatan penduduk kira-kira empat juta orang namun mereka berjaya menghasilk­an 18 pemenang pingat emas kejohanan dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Sarawak katanya juga mampu melakukan perkara sama dalam merealisas­ikan hasrat dan matlamat menjadi kuasa sukan di negara dan rantau ini.

 ??  ?? RASMI: Snowdan bersama Golnar, Chen dan Umar pada perasmian tiga program di Kampung Santubong, Kuching semalam.
RASMI: Snowdan bersama Golnar, Chen dan Umar pada perasmian tiga program di Kampung Santubong, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia