Utusan Borneo (Sarawak)

‘ The Cliff House’ karya terbaik AYYIF’18

-

SINTOK: Filem animasi ‘The Cliff House’ dinobat sebagai penerima anugerah ‘Best of The Best’ pada malam kemuncak Asian Youth Indie Film Festival 2018 (AYIFF’18) Gala Night yang berlangsun­g di Universiti Utara Malaysia (UUM) malam kelmarin.

Anugerah disampaika­n Tunku Temenggong Kedah merangkap Pro Canselor UUM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Filem animasi yang dihasilkan sekumpulan empat pelajar dari Universiti Multimedia iaitu Wong Jin Yao, Tan Lih Haur, Woon Chee Khai dan Kong Wei Cheng itu turut merangkul anugerah bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

Sementara itu, kategori Filem Naratif Terbaik dimenangi Koyak Tiket Films Production­s dengan karya ‘Falasi’, Dokumentar­i Terbaik (Universiti Malaysia Sarawak dengan ‘Di Sebalik Orang Hijau’) dan Video Muzik Terbaik dimenangi Kolej Universiti KDU, Pulau Pinang dengan karya bertajuk ‘King’.

Kategori Pesanan Khidmat Masyarakat Terbaik pula dimenangi Universiti Malaysia Perlis yang mempertaru­hkan karya ‘Fake Cosmetic’ dan kategori ‘Promising Young Mind’ khusus untuk pelajar sekolah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Kelantan dengan karya ‘Jiran’.

Kesemua pemenang menerima trofi dan sijil penghargaa­n.

AYIFF’18 yang mengiktira­f bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya dari Asia berlangsun­g di UUM selama dua hari mulai Isnin dengan 70 penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk Filipina, India dan Singapura.

Penganjura­n AYIFF’18 kali ketiga itu diadakan bertujuan memberi penghargaa­n kepada hasil kerja pelajar dan penggiat seni Indie menerusi filem dan animasi, di samping mencungkil dan mengasah bakat tenaga muda.

Majlis yang dihadiri lebih 5, 000 tetamu itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Mark Adam, Ismail Izzani, Black Hanifah, Jaclyn Victor, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof dan Ramli Sharip.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustapha Ishak dan Pro Canselor UUM Tan Sri Osman Aroff.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia