Utusan Borneo (Sarawak)

You Tuber bersaing dalam ‘Muzik Jam’

-

KUALA LUMPUR: Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr. tv memperkena­lkan sebuah program muzik online terbaharu yang seumpamany­a, ‘Muzik Jam’.

Menampilka­n YouTuber yang bakal bersaing sesama mereka di mana penyanyi dengan undian yang tertinggi meneruskan saingan berikutnya.

Menurut Pengarah Saluran Hurr.tv Elaine Daly, muzik adalah satu elemen universal yang digemari pelbagai lapisan masyarakat.

Justeru, program ini merupakan sebuah kandungan segar dan terkini yang pihaknya percaya mampu membuatkan penonton lebih menghargai bakatbakat tempatan.

“‘Muzik Jam’ adalah platform terbaik bagi YouTuber terlibat untuk lebih dikenali serta didengari dan dalam masa sama memperluas­kan lagi pengaruh mereka untuk mendekati penonton baharu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Untuk setiap episod web, ‘Muzik Jam’ akan menampilka­n dua YouTuber yang diberikan peluang untuk menonjolka­n kekuatan vokal mereka dengan menyanyi akustik secara langsung bagi lagu yang telah ditetapkan tema pada setiap minggu membabitka­n genre berbeza antaranya balada, pop atau rock.

Pada siaran secara langsung itu, penonton memainkan peranan penting untuk membuat undian bagi menentukan YouTuber kegemaran yang bakal muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung.

Program ini dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah ketika ini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel dengan episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 pada jam 8.30 malam di www.hurr.tv.

Tujuh YouTuber yang bakal ditampilka­n pada rancangan ini adalah Sheryl Syazwanie, Yazmin Aziz, Alyssa Dezek, Sarah Suhairi, Shahida Supian, Aqeesh Aleeya dan Mimi Nazrina.

Program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruha­n enam episod web sehingga 2 Mei 2018. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia