Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya AS mohon kemuka bukti jenayah kejam ‘El Chapo’

-

NEW YORK: Ketika raja dadah Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman diberitahu pada 2006 bahawa orangnya telah menangkap dua orang yang disyaki anggota kartel musuh Las Zetas, dia terlebih dahulu mahu makan tengah hari.

Seterusnya, El Chapo – ketika itu salah seorang pengedar dadah paling berkuasa di dunia – yang kini berada di dalam penjara, mengarahka­n dua orang itu dibelasah dan dibunuh dengan tembakan pada bahagian kepala, sebelum mayat mereka dibuang ke dalam sebuah lubang dan dibakar.

Insiden mengerikan itu adalah antara jenayah ganas yang didakwa dilakukan oleh Guzman seperti yang dimuatkan di dalam memo setebal lebih 90 muka surat yang difailkan kelmarin di sebuah mahkamah persekutua­n di Brooklyn, di mana dia dijadual menghadapi perbicaraa­n pada 5 September.

Pemfailan kerajaan itu menggarisk­an jenayah kejam yang didakwa dilakukan oleh El Chapo tetapi tidak diperincik­an dalam pertuduhan, selepas pendakwa raya memohon kebenaran untuk mengemukak­an buktinya dalam perbicaraa­n.

Selain itu memo berkenaan mendakwa Guzman adalah dalang di sebalik satu kejadian tembak-menembak di sebuah disko di Puerto Vallarta yang mengorbank­an enam orang.

“Bermula pada zaman 1980- an, defendan secara sistematik menculik, menyerang, menyeksa dan membunuh individu yang mengancam kejayaan aktiviti penjejakan dadahnya,” kata memo itu.

Dokumen itu turut menyebut tentang rampasan 7.3 tan kokain yang disimpan di dalam tin lada cili jalapeno yang hendak dihantar ke Amerika Syarikat (AS) pada 1993.

Pihak pendakwaan – yang mendakwa mempunyai kirakira 300,000 muka surat dokumen dan ratusan foto satelit, e- mel, video dan panggilan dipintas yang membuktika­n kesalahan El Chapo – meminta agar beberapa saksi dibenarkan untuk memberi keterangan di bawah nama samaran atas sebab keselamata­n. KAHERAH: Mahkamah tentera di Mesir kelmarin menjatuhka­n hukuman mati terhadap 36 orang bagi peranan mereka dalam beberapa pengeboman gereja, kata peguam mereka.

Satu siri serangan bom di beberapa gereja Koptik di

Peguam Guzman, Eduardo Balarezo, tidak menjawab segera kepada permintaan AFP untuk memberi komen.

El Chapo, 60, merupakan salah seorang pengedar dadah paling berkuasa di dunia.

Namun penguasaan­nya dipendekka­n pada Januari 2017 apabila dia diekstradi­si ke AS selepas dia ditangkap setelah meloloskan diri dengan berani dari sebuah penjara di Mexico, kali kedua dia melarikan diri dari penjara.

Dituduh mengurus Kartel Sinaloa, sebuah sindiket jenayah yang berkuasa, Guzman menghadapi 17 tuduhan. Jika disabit kesalahan, dia mungkin akan menghabisk­an baki hidupnya di dalam penjara kawalan keselamata­n maksimum di AS. — AFP

Mesir hukum mati 36 terbabit pengeboman gereja

Kaherah, Iskandaria­h dan bandar Tanta di delta Nil di antara tahun 2016 dan 2017 mengorbank­an sekurangku­rangnya 80 nyawa. Pengeboman tersebut diakui oleh militan Daesh (IS).

Menurut peguam bela, seramai 48 orang hadir di mahkamah tentera dituduh memainkan peranan dalam serangan.

Puak minoriti Koptik di Mesir merangkumi kira-kira 10 peratus daripada 96 juta penduduk, dan mereka disasar dalam beberapa serangan oleh IS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia