Utusan Borneo (Sarawak)

Auckland terputus bekalan elektrik selepas taufan kuat

-

AUCKLAND: Sehingga sesuku rumah di Auckland tidak ada bekalan elektrik semalam setelah taufan kuat dengan ribut melebihi 200 kilometer sejam (ksj) membadai bandar raya terbesar di New Zealand itu.

Taufan melanda bandar raya dengan 1.5 juta penduduk itu pada malam kelmarin, menumbangk­an pokok dan merobek bumbung dari rumah, dan jabatan kecemasan berkata, mereka tidak menang tangan menjawab panggilan.

Lapangan terbang antarabang­sa Auckland ditutup buat sementara waktu disebabkan oleh ribut kencang dan Air New Zealand melaporkan gangguan “signifikan” bagi penumpang di seluruh negara.

Di Hobsonvill­e Point, barat laut bandar raya, ribut kencang menjatuhka­n aram-aram di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri, yang menyebabka­n himpunan besar besi yang bertaburan.

Biro kaji cuaca rasmi Metservice berkata, bacaan tiupan ribut mencapai 213 ksj, bersamaan siklon tropika teruk kategori tiga.

Datuk Bandar Auckland, Phil Goff, memberitah­u “200,000 rumah yang luar biasa” terputus bekalan elektrik pada kemuncak taufan dan majlis tempatan berkata kru sedang bekerja sepanjang masa untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

“Kira-kira sesuku rumah di wilayah Auckland, sebanyak 120,000 rumah kini tidak ada bekalan elektrik,” katanya.

Pakar meteorolog­i Philip Duncan dari weatherwat­ch. co.nz berkata, peramal keadaan cuaca meramalkan ribut kuat tetapi keseriusan­nya tidak dijangkaka­n.

Dia berkata, sistem tekanan rendah dari Laut Tasman melanda darat secara langsung di ruang udara Auckland pada waktu sama New Zealand dibadai ribut selatan dari Antartika.

“Gabungan semua itu mewujudkan ribut kencang yang kuat dan satu anak tangga lebih tinggi berbanding ramalan,” katanya.

Warga Auckland telah diberi amaran untuk menjangkak­an cuaca buruk selanjutny­a sehingga Jumaat.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AMARAN: Papan tanda memberi amaran kepada pemandu bahawa bekalan elektrik terputus di Lebuh raya Negeri 20 di Auckland semalam selepas taufan melanda kawasan itu.
— Gambar AFP AMARAN: Papan tanda memberi amaran kepada pemandu bahawa bekalan elektrik terputus di Lebuh raya Negeri 20 di Auckland semalam selepas taufan melanda kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia