Utusan Borneo (Sarawak)

Rusuhan di penjara Brazil bunuh 21

-

RIO DE JANEIRO: Sekurang- kurangnya 21 orang maut kelmarin dalam satu cubaan untuk meloloskan diri dari penjara di utara Brazil dengan bantuan kumpulan bersenjata dari luar yang cuba meletupkan dinding.

Jabatan keselamata­n negeri Para menggambar­kan cubaan lari beramai-ramai di Kompleks Penjara Santa Izabel, dekat bandar Belem dalam hutan hujan Amazon di negeri Para, sebagai satu pertempura­n ala tentera di mana banduan di dalam dan rakan sekutu di luar mempunyai senjata.

“Dalam usaha menyelamat itu, bahan letupan digunakan ke atas salah sebuah tembok,” agensi itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Cubaan itu disokong oleh sebuah kumpulan yang dilengkapi begitu banyak senjata. Menurut laporan awal, banduan juga ada senjata di dalam penjara,” kenyataan itu menyebut.

Pengawal penjara melawan balik dalam “kejadian berbalas tembakan yang intensif”, katanya.

Mereka yang disahkan mati setakat ini termasuk 20 banduan dan penyerang luar, selain seorang pengawal. Lima lagi pengawal cedera, termasuk seorang yang cedera serius.

Kiraan banduan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada banduan ada yang lolos ataupun tidak, manakala sebuah pasukan SWAT polis mengukuhka­n lagi kawalan keselamata­n.

Polis menjumpai dua laras raifal dan lima pucuk pistol di lokasi, tambah kenyataan itu.

Brazil merupakan antara negara paling berbahaya di dunia, dengan kira-kira 60,000 pembunuhan setahun, dan penjara di sana terkenal kerana kesesakan dan keganasann­ya.

Seramai 726,712 banduan dicatatkan pada Jun 2016 dengan kapasiti penjara hanya untuk 368,000 banduan, menurut statistik rasmi paling terkini.

Geng dadah berkuasa secara rutin membawa perang kawasan dari tengah bandar raya Rio de Janeiro dan bandar raya besar lain ke dalam kemudahan penjara.

Dalam kes terburuk, kakitangan keselamata­n hanya mampu melihat sahaja sementara ketua penjenayah mengendali­kan kehidupan harian.

Dalam salah satu episod paling berdarah, 56 orang terkorban dalam pemberonta­kan di penjara di bandar Manaus dalam Hutan Amazon, Brazil, pada 2017.

Pada Januari lalu, pertelingk­ahan antara geng-geng di penjara di negeri timur laut Ceara mengorbank­an 10 orang.

Pertumpaha­n darah itu berlaku di Penjara Awam Itapaje, kira-kira 125 kilometer dari ibu negeri Fortaleza.

Beberapa hari sebelum itu, sekurang-kurangnya 14 orang ditembak mati di kelab malam di Fortaleza.

Media tempatan melaporkan pembunuhan beramairam­ai itu, yang dilakukan oleh lelaki bersenjata yang tiba dalam tiga kereta, ada kaitan dengan pertikaian antara dua kumpulan pengedar dadah yang bermusuhan.

Memburukka­n lagi masalah keselamata­n di Brazil, pasukan polis kerap dituduh melanggar undang-undang apabila mereka melakukan pembunuhan di luar bidang kuasa kehakiman, memalsukan bukti dan gagal untuk menyiasat anggota polis sendiri.

Human Rights Watch melaporkan awal bulan ini bahawa polis membunuh 4,224 orang pada 2016 – perangkaan terakhir yang dapat diperolehi – kira-kira 26 peratus lebih banyak berbanding pada 2015.

Kawasan awam juga berbahaya bagi polis: 437 terbunuh pada 2016, kata laporan itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEKAT: Gambar akhbar Brazil Diario do Para menunjukka­n saudara-mara banduan di penjara Santa Izabel cuba menyekat laluan ke kompleks itu di Belem, negeri Para, Brazil, kelmarin.
— Gambar AFP SEKAT: Gambar akhbar Brazil Diario do Para menunjukka­n saudara-mara banduan di penjara Santa Izabel cuba menyekat laluan ke kompleks itu di Belem, negeri Para, Brazil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia