Utusan Borneo (Sarawak)

Park tidak adil elak beberapa tuduhan rasuah: Pendakwa raya

-

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam berkata, bekas presiden Park Geun-hye berlaku tidak adil apabila dia mengelak beberapa tuduhan rasuah dalam perbicaraa­nnya dan mereka mengemukak­an rayuan kerana tidak berpuas hati dengan hukuman penjaranya selama 24 tahun sahaja, selepas mereka menuntut hukuman penjara selama 30 tahun, media melaporkan.

Park dijatuhi hukuman pada Jumaat lepas setelah perbicaraa­n rasuah paling bersejarah sejak sekian lama di negara itu berakhir, yang mendedahka­n jaringan rasuah antara ketua politik dengan beberapa konglomera­t terbesar di negara tersebut.

“Pejabat Pendakwa Daerah Tengah Seoul berkata, ia mendapati sebahagian daripada keputusan yang membersihk­an Park daripada beberapa dakwaan rasuah terhadapny­a sebagai tidak adil,” lapor agensi berita Yonhap.

Park, anak seorang bekas diktator tentera yang menjadi pemimpin pertama yang dipilih secara demokratik di Korea Selatan pada 2012, mengaku tidak bersalah.

Dia didenda 18 bilion won (RM64.2 juta) selepas dia didapati bersalah atas 16 tuduhan, termasuk rasuah dan menyalahgu­nakan kuasa, yang ada kaitan dengan skandal berkenaan yang menyaksika­n mahkamah mengguling­kannya dari kuasa pada Mac tahun lepas.

Pendakwa raya mendakwany­a atas 18 pertuduhan dan menuntut denda sebanyak 118.5 bilion won (RM422.4 juta), selain hukuman penjara selama 30 tahun, tetapi mahkamah membebaska­nnya daripada dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah memutuskan Park bersalah berpakat dengan seorang rakan, Choi Soon-sil, untuk menerima kira-kira 7 bilion won (RM24.9 bilion) masing-masing daripada Lotte Group, sebuah syarikat peruncitan gergasi, dan Samsung, pembuat telefon pintar dan semikonduk­tor terbesar di dunia, dan pada waktu sama menuntut 8.9 bilion won daripada SK, sebuah konglomera­t tenaga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia