Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak gugur kes wartawan Reuters

Menimbulka­n kemarahan global dan kebimbanga­n bahawa kebebasan media semakin berkuranga­n

-

YANGON: Mahkamah Myanmar semalam menolak usul untuk menggugurk­an satu kes terhadap dua wartawan Reuters yang ditangkap beberapa bulan lepas ketika melaporkan mengenai krisis Rohingya, meneruskan dengan perbicaraa­n yang telah menimbulka­n kemarahan global dan kebimbanga­n bahawa kebebasan media semakin berkuranga­n.

“Mahkamah memutuskan bahawa usul daripada peguam defendan bagi membebaska­n defendan...ditolak,” hakim Ye Lwin memberitah­u mahkamah di bandar utama komersil Yangon yang dipenuhi penyokong, keluarga dan media.

Wartawan Reuters Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 27, ditangkap pada Disember serta dituduh melanggar Akta Rahsia Rasmi di negara ini kerana memiliki bahan yang berkaitan dengan operasi keselamata­n di negeri Rakhine yang dilanda konflik.

Myanmar telah berdepan kecaman global dan tuduhan melakukan pembunuhan tanpa kehakiman, pembersiha­n etnik dan genosid ketika kira-kira 700,000 Rohingya lari dari Rakhine ke Bangladesh selepas satu operasi ketenteraa­n di wilayah itu.

Myanmar menafikan tuduhan itu dan menyatakan ia hanya mempertaha­nkan diri daripada serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan, yang berlaku pada 25 Ogos.

Kedua-dua wartawan Reu- ters itu telah menyiasat mengenai pembunuhan 10 lelaki Rohingya pada 2 September di perkampung­an Rakhine di Inn Din yang dilakukan oleh pasukan keselamata­n dan penduduk tempatan.

Tujuh anggota tentera Myanmar telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat bagi peranan mereka dalam pembunuhan itu, menurut satu kenyataan Facebook oleh ketua tentera pada lewat kelmarin.

Kes terhadap kedua-dua wartawan itu diteruskan di sebalik permintaan antarabang­sa bagi pembebasan mereka. Pada bulan lepas Reuters mengumumka­n peguam bela hak asasi terkenal Amal Clooney telah menyertai pasukan guaman itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RINDU: Kyaw Soe Oo sempat menatap wajah anak perempuann­ya ketika diiringi polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di Yangon, Myanmar, semalam.
— Gambar AFP RINDU: Kyaw Soe Oo sempat menatap wajah anak perempuann­ya ketika diiringi polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di Yangon, Myanmar, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? BERSEMANGA­T: Wa Lone menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di Yangon, Myanmar, semalam.
— Gambar Reuters BERSEMANGA­T: Wa Lone menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di Yangon, Myanmar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia