Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang tentera pengaman PBB maut di Republik Afrika Tengah

-

BANGUI: Seorang anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkorban dan lapan lagi tercedera kelmarin dalam pertempura­n dengan kumpulan bersenjata di sebuah kawasan kejiranan terpencil di ibu negara Republik Afrika Tengah, kata seorang sumber keselamata­n.

Anggota tentera pengaman daripada pasukan MINUSCA PBB dan anggota tentera Afrika Tengah sejak Ahad lepas terlibat dalam satu operasi untuk menumpaska­n pasukan bersenjata di kejiranan PK5 Islam di Bangui.

Sekurang- kurangnya 46 orang tercedera dalam per- tempuran sengit di kawasan tersebut, menurut kumpulan bantuan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) yang merawat kebanyakan mangsa.

Sumber keselamata­n memberitah­u AFP, anggota tentera pengaman itu terbunuh ketika pasukan peronda MINUSCA diserang oleh pemberonta­k di luar kawasan kejiranan PK5 pada tengah hari kelmarin.

“Satu pasukan peronda Rwanda dibantu oleh pasukan tentera Afrika Tengah telah menembak dan kemudian mengejar penyerang ke dalam PK5,” kata saksi.

Seorang penduduk PK5 yang dihubungi oleh AFP menyatakan bahawa orang awam turut terkorban dalam keganasan yang berterusan, walaupun ia tidak mungkin dapat disahkan secara bebas.

Republik Afrika Tengah telah berusaha untuk kembali kepada kestabilan sejak negara itu menyaksika­n pertumpaha­n darah ekoran pengguling­an pemimpin Francois Bozize oleh pakatan pemberonta­k Islam Seleka pada 2013.

Perancis telah campur tangan dari segi ketenteraa­n dengan menghalau pakatan Seleka namun negara itu masih dibelenggu oleh keganasan yang melibatkan beberapa kumpulan bersaing bagi kawalan terhadap sumber dan kawasan berpengaru­h. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia