Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada toksin tumbuhan ditemui dalam pemberi maklumat Rusia: Ahli botani

-

LONDON: Tiada toksin tumbuhan ditemui di dalam sistem seorang pemberi maklumat Rusia yang meninggal dunia pada usia 44 tahun ketika berjoging, seorang ahli botani memberitah­u sebuah mahkamah London yang memeriksa kematianny­a, media Britain melaporkan kelmarin.

Alexander Perepilich­ny meninggal dunia berhampira­n ibu negara Britain pada 2012 dan, dua tahun kemudian, syarikat insurans nyawanya telah mengarahka­n ujian yang mengesahka­n sejenis toksin di dalam perutnya daripada sejenis tumbuhan China dikenali sebagai Gelsemium, yang boleh menyebabka­n serangan jantung.

Namun semasa satu inkues memeriksa punca kematian Perepilich­ny, seorang ahli botani terkenal menimbulka­n keraguan mengenai teori bahawa beliau telah diracuni.

Monique Symmonds, dari Royal Botanic Gardens di Kew, memberitah­u mahkamah Old Bailey bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti sebarang toksin tumbuhan, lapor BBC dan Financial Times.

Perepilich­ny, seorang ahli perniagaan kaya, telah membantu firma pelaburan Hermitage Capital Management menyiasat satu operasi pengubahan wang ketika beliau ditemui meninggal dunia berhampira­n dengan rumahnya di Weybridge, luar London.

Peguamnya pada masa itu, Dmitry Lipkin, memberitah­u mahkamah anak guamnya “tidak datang ke Rusia kerana beliau berasa bimbang dengan nyawanya.”

“Beliau telah diugut. Beliau meninggalk­an Rusia namun siapa yang mengugut beliau, saya tidak tahu,” beliau memberitah­u mahkamah melalui komunikasi video dari Moscow.

Kes itu berada di bawah pengawasan yang bertambah berikutan dengan serangan agen saraf pada bulan lepas terhadap bekas pengintip Rusia Sergei Skripal dan anak perempuann­ya Yulia di bandar Inggeris, Salisbury.

Britain menyalahka­n Rusia bagi serangan itu – satu tudu- han yang dinafikan sepenuhnya oleh Moscow.

Selepas kejadian keracunan Skripal, para Ahli Parlimen menyeru kepada kerajaan agar memeriksa semula 14 kematian yang tidak dapat dijelaskan di tanah air Britain sejak beberapa tahun ini, termasuk yang berlaku terhadap Perepilich­ny, seorang oligarki Rusia dan seorang pengintip Britain yang ditemui di dalam sebuah bag.

Lipkin berkata beliau telah bekerjasam­a dengan Perepilich­ny bagi beberapa hutang beliau di Rusia.

“Alexander telah meminta kami agar menguruska­n beberapa perkara, kebanyakan perkara tersebut melibatkan hutangnya,” jelas Lipkin.

Ditanya sekiranya manamana hutang tersebut melibatkan pihak jenayah terancang, Lipkin menjawab: “Saya tidak menyedari tentang perkara itu.”

Inkues itu dijangka akan berlanjuta­n selama empat hari, dengan satu keputusan tidak dijangkaka­n dengan segera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia