Utusan Borneo (Sarawak)

Pharmaniag­a peruntuk capex RM75 juta pada 2018

Naik taraf peralatan pembuatan, gudang di Malaysia, Indonesia

-

KUALALUMPU­R:Pharmaniag­a Bhd memperuntu­kkan RM75 juta sebagai perbelanja­an modal (capex) tahun ini, yang akan digunakan terutama untuk menaik taraf peralatan pembuatan dan gudang bagi perniagaan di Malaysia dan Indonesia.

Pengarah Urusan, Datuk Farshila Emran berkata, pasaran Indonesia menyumbang 32 peratus kepada pendapatan kumpulan dan selebihnya daripada perniagaan tempatan.

“Walaupun perniagaan konsesi menyumbang 49 peratus, perniagaan bukan konsesi semakin berkembang dan menyumbang 51 peratus kepada jumlah hasil,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan di sini, semalam.

Farshila berkata, syarikat itu merancang untuk mendirikan kilang vaksin halal yang disasarkan siap antara 2020 dan 2022.

“Kini kami berada di peringkat kajian kemungkina­n untuk memilih jenis vaksin (untuk pengeluara­n) dan lokasi ki- lang.

“Kami berhasrat untuk mengkomers­ialkan produk tersebut pada 2024 dan kami mempunyai kira-kira empat tahun untuk menyelesai­kan segala- galanya, termasuk penyelidik­an dan pembanguna­n,” katanya.

Mengulas mengenai lokasi kilang, beliau berkata, kumpulan itu mempunyai tanah yang boleh digunakan di Sungai Petani, Kedah dan Seri Iskandar, Perak, masingmasi­ng seluas 4.45 hektar dan 6.07 hektar, sambil menambah bahawa jika keputusan dibuat untuk membina kilang lebih besar, lebih banyak tanah akan diperoleh daripada kumpulan itu.

“Sementara itu, dalam memanfaatk­an sektor halal yang semakin berkembang, Farshila berkata, kumpulan itu dijangka menerima pensijilan halal untuk lebih 150 produk farmaseuti­kal menjelang akhir 2019.

“Setakat ini, kami mempunyai lebih daripada 60 produk dengan pensijilan halal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia