Utusan Borneo (Sarawak)

Sasbadi dapat dua kontrak buku teks sekolah kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Sasbadi Sdn Bhd (SSB), anak syarikat milik secara langsung Sasbadi Holdings Bhd, kelmarin menandatan­gani dan menerima Surat Penerimaan (LoA) daripada Kementeria­n Pendidikan ( MoE) untuk menerbit dan mencetak buku teks Sains Tingkatan 3 bagi sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia bernilai RM4.78 juta.

Kontrak ini adalah daripada 10 April 2018 hingga 31 Disember 2020, demikian menurut maklumanny­a kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Anak syarikat milik tidak langsungny­a, The Malaya Press Sdn Bhd (TMP), juga telah menandatan­gani dan menerima LoA daripada Kementeria­n Kewangan untuk menerbit dan mencetak bukut teks Bahasa Mandarin Tingkatan 3 untuk tempoh yang sama dengan kontrak bernilai RM1.012 juta.

Selain kontrak buku teks tersebut yang diperoleh pada Mac 2018, Kumpulan Sasbadi Holdings telah mendapat lima kontrak buku teks bernilai kira-kira RM12.32 juta tahun ini.

Tahun lepas, kumpulan itu memperoleh lima kontrak buku bernilai kira-kira RM11.14 juta.

Sasbadi Holdings berkata, kontrak buku teks Sains dan bahasa Mandarin itu tidak akan memberi kesan penting ke atas pendapatan dan aset bersih Kumpulan Sasbadi Holdings untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018 (FY18) kerana SSB dan TMP hanya dijangka menyerahka­n tranche pertama kontrak pada suku pertama dan kedua FY19.

Sehubungan itu, kontrak terbabit hanya dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Sasbadi Holdings untuk FY19 seterusnya, sepanjang tempoh kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia