Utusan Borneo (Sarawak)

MFPC, Addengreen tawar program perancang kewangan berdaftar di negara GCC

-

KUALA LUMPUR: Program Perancang Kewangan Berdaftar ( RFP) Syariah Majlis Perancanga­n Kewangan Malaysia (MFPC) akan memberi peluang kepada lebih ramai individu menguasai konsep perancanga­n kewangan Islam kerana kini boleh didapati di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Program berkenaan disediakan melalui kerjasama dengan Addengreen, Pusat Inovasi Antarabang­sa yang berpangkal­an di Dubai.

Pengarah Eksekutif Su- ruhanjaya Sekuriti Malaysia Kamarudin Hashim yang menyaksika­n majlis menandatan­gani kerjasama itu di luar Persidanga­n Antarabang­sa kelima mengenai Pengurusan Kekayaan Islam MFPC di sini kelmarin, berkata: “Kerjasama antara MFPC dan Addengreen patut dipuji.”

Sementara itu, Presiden MFPC Michael Kok Fook On berkata kerjasama itu akan bermakna kerana kedua-dua pihak dapat memanfaatk­an kepakaran masing-masing.

“Pengantara­bangsaan pendidikan perancanga­n kewangan Syariah kurang di negara-negara GCC kerana fokusnya terhad kepada kewangan Islam.

“Oleh itu, ini akan menjadi perkembang­an positif dan kemajuan pendidikan perancanga­n kewangan Syariah di negara-negara GCC,” kata Kok dalam kenyataan yang disediakan oleh MFPC, di sini.

Penceramah pada persidanga­n kelmarin dari Algeria, Dubai, England, Indonesia dan Sudan, serta dari Malaysia sendiri yang terkenal dalam pendidikan Syariah, dengan tema ‘Pengurusan Kekayaan Islam dan Cabaran dalam Ekonomi Digital’.

Pengerusi penganjur, Mohamad Sani Ayob, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Perancanga­n Kewangan Syariah MFPC, berkata persidanga­n tahun ini memberi tumpuan kepada cabaran akan datang bagi industri kewangan dengan teknologi terkini, terutamany­a pendigital­an ekonomi di seluruh dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia