Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines nafi tawar tender untuk pesawat

-

KUALA LUMPUR: Vertice Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM339.86 juta daripada San Mutual Majujaya Sdn Bhd bagi melaksanak­an pembinaan laluan utama dan kerja- kerja berkaitan bagi laluan Sungai Besi– Ulu Kelang Elevated Expressway ( SUKE).

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata projek itu yang dimenangi oleh anak syarikat milik penuhnya, Vertice Constructi­on Sdn Bhd, meliputi tempoh 19 bulan, mulai tarik pemilikan tapak ( 16 April, 2018).

Kontrak itu merupakan pemeroleha­n ketiga oleh kumpulan itu tahun ini, menjadikan kejayaan meraih kontrak bernilai RM617.5 juta, kata Vertice.

Ia berkata nilai perolehan pembinaan semasa kumpulan itu meningkat kepada RM724.9 juta yang dijangkaka­n memberi sumbangan positif kepada prestasi kewangan sehingga 2020.

“Kami gembira memperoleh kontrak ini, yang merupakan kontrak pembinaan terbesar kumpulan itu setakat ini, kejayaan pantas berbanding pemeroleha­n projek sebelum ini.

“Kumpulan kami komited bekerjasam­a dengan San Mutual Majujaya bagi menyiapkan projek ini dalam tempoh dan bajet yang ditetapkan,” katanya.

Awal bulan ini, Vertice Constructi­on memperoleh subkontrak bernilai RM218.48 juta bagi cadangan menaik taraf Jalan Persekutua­n 12 dari Gambang, Pahang ke Segamat, Johor.

Pada Februari, anak syarikat itu menerima subkontrak kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian bernilai RM59.13 juta membabitka­n projek jalan di Johor. — Bernama KUALALUMPU­R: Malaysia Airlines menyatakan bahawa pihaknya tidak menawarkan sebarang proses tender untuk pesawat badan lebar seperti dilaporkan sebuah agensi berita asing.

“Rujukan terhadap laporan berkenaan, ‘ Malaysia Airlines launches widebody tender process, could oust Boeing 787 deal’ (Malaysia Airlines tawarkan proses tender pesawat badan lebar, boleh membatalka­n perjanjian Boeing 787) adalah dari Reuters.

“Malaysia Airlines ingin menjelaska­n bahawa, laporan berkenaan adalah spekulatif dan salah,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan kelmarin.

Artikel berkenaan yang memetik sumber tidak dinamakan, menyebut Malaysia Airlines menawarkan proses tender baharu untuk 20 hingga 30 pesawat badan lebar yang boleh menggantik­an perjanjian dengan Boeing seperti dipersetuj­ui sewaktu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Amerika Syarikat, tahun lepas.

Menurut syarikat penerbanga­n itu, pada masa ini tiada proses tender seperti didakwa dan memorandum persefaham­an dengan Boeing seperti diumumkan Perdana Menteri, kekal.

Malaysia Airlines tidak akan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara ini lagi, kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia