Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian meningkat 3.0 peratus pada Februari

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia ( IPP) meningkat sebanyak 3.0 peratus pada Februari 2018 berbanding bulan sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan, semalam.

Menurut jabatan berkenaan, peningkata­n pada bulan Februari disumbangk­an oleh pertumbuha­n positif indeks Pembuatan sebanyak 4.7 peratus dan indeks Elektrik sebanyak 2.8 peratus, sementara indeks Perlombong­an mencatatka­n penurunan sebanyak 1.6 peratus IPP pada Januari 2018 disemak semula kepada 5.4 peratus tahun ke tahun, kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.

Berasaskan tahun ke tahun, output sektor Pembuatan mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 4.7 peratus pada Februari selepas mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 6.9 peratus pada Januari.

Sub- sektor utama yang mencatatka­n peningkata­n pada bulan Februari 2018 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (7.0 peratus), produk peralatan elektrik dan elektronik ( 5.4 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka ( 5.0 peratus)

Output sektor perlombong­an mencatatka­n penyusutan sebanyak 1.6 peratus berbanding 1.5 peratus yang direkodkan pada Januari disebabkan oleh penyusutan dalam indeks Gas Asli (- 3.5 peratus).

Sementara itu, indeks Minyak Mentah meningkat sebanyak 0.5 peratus manakala output elektrik merekodkan peningkata­n sebanyak 2.8 peratus pada bulan Februari berasaskan tahun ke tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia