Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pemimpin tidak endahkan Infra Rakyat

Impian tidak realistik, kurang memahami aspek komersial menyebabka­n Malaysia ketinggala­n

-

KUALA LUMPUR: Projek bertunjang­kan kepentinga­n rakyat (Infra Rakyat) yang amat penting bagi pertumbuha­n ekonomi dan negara, ternyata tidak diendahkan oleh bekas pemimpin manakala aspek pengangkut­an awam pula diabaikan sepenuhnya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bekas pemimpin berkenaan memiliki impian yang tidak realistik serta kurang memahami aspek komersial yang menyebabka­n negara ini ketinggala­n.

“Kita kemudianny­a menye- dari bukan sahaja banyak yang perlu dikejar tetapi juga perlu bekerja keras untuk mengatasi persaingan serta memiliki sistem pengangkut­an awam yang bertaraf dunia,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Rantaian Bekalan Kebangsaan Mengenai Projek Rel dan Pameran Kerjaya 2018 anjuran Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Sambil menyangkal tuduhan dan pembohonga­n dilemparka­n oleh segelintir pemimpin pembangkan­g mengenai projek pengangkut­an, Najib menegaskan Malaysia sebaliknya akan berdepan ‘malapetaka’ atau keadaan jauh lebih teruk jika semua projek berkenaan dibatalkan.

“Malaysia kemudianny­a akan dikenali sebagai negara yang tidak mengotakan janji. Berpuluh-puluh ribu rakyat negara ini akan kehilangan kerja yang disandang atau harapkan,” katanya.

Sambil merujuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebagai bukti, Perdana Menteri berkata negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjun­g akan berasa dikhianati dan sekali lagi dipinggirk­an jika projek tersebut dibatalkan.

Malah, tegas Najib, ECRL adalah matlamat besar bertujuan membangunk­an rangkaian pengangkut­an yang moden, berkesan serta kesalinghu­bungan yang baik.

Ia juga mampu memberi perubahan besar terhadap kehidupan rakyat selain memastikan Malaysia di landasan tepat menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi, kata Najib.

Menurut beliau, Transit Aliran Massa (MRT) misalnya dijangka mewujudkan 130,000 pekerjaan manakala projek pembanguna­n ECRL sahaja dapat menghasilk­an lebih 80,000 pekerjaan.

Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala LumpurSing­apura (HSR) pula akan menyediaka­n kira-kira 22,000 pekerjaan untuk profesiona­l dan pekerja berkemahir­an selain memberi banyak manfaat di sepanjang laluan terbabit.

Najib berkata, impak HSR bagi tempoh lebih 50 tahun itu termasuk menjana pen- dapatan tambahan sebanyak RM650 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) serta 442,000 pekerjaan baharu.

Menurut Perdana Menteri, Program Transforma­si Nasional dapat dilaksanak­an hasil daripada pendekatan kerajaan yang bertanggun­gjawab berserta kerja keras berjuta-juta rakyat Malaysia.

Malaysia juga berjaya mencatat peningkata­n PNK melebihi 50 peratus dan mewujudkan 2.7 juta pekerjaan baharu, termasuk lebih sejuta pekerjaan berpendapa­tan tinggi, kata Najib. — Bernama KUALA LUMPUR: AFFINBANK Group ( Affin) terus bekerjasam­a dengan Moody’s Analytics untuk memperluas­kan dan memperting­katkan keupayaan pengurusan risikonya.

Dalam kenyataan kelmarin, Affin berkata ia memulakan kerjasama dengan Moody’s Analytics sebagai rakan teknologi risikonya bagi sistem pengurusan liabiliti aset ( ALM) pada 2014.

Sistem ALM, yang memudahkan pengurusan risiko di pelbagai unit perniagaan, akan dipertingk­atkan untuk membolehka­n pendekatan yang lebih berpandang­an ke hadapan dalam pengurusan risiko, meningkatk­an perancanga­n strategik bersepadu dan menggalakk­an membuat keputusan yang lebih baik dalam kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata sistem yang dipertingk­atkan itu akan meningkatk­an keupayaan analisis ALM dan memudahkan persediaan kepada amalan risiko yang lebih maju.

“Penting untuk kita menerima teknologi sebagai penggerak utama untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami dalam persekitar­an yang amat kompetitif hari ini dan landskap kawal selia yang cepat berubah,” katanya.

Pengarah Urusan Moody’s Analytics bagi Asia Wael Jadallah berkata penyelesai­an Moody’s akan membantu pelanggan menguruska­n keperluan pematuhan mereka dengan cekap dan yakin. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia