Utusan Borneo (Sarawak)

20dB tawar pemeriksaa­n pendengara­n secara percuma

-

KUCHING: Pusat pakar pendengara­n 20dB Hearing Sdn Bhd (20dB) sedang mengadakan kempen ‘Happy Mother’s Day’ di semua cawanganny­a di seluruh Malaysia mulai semalam sehingga 30 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mok Yong Yaw berkata, kempen itu menawarkan pemeriksaa­n pendengara­n dan peralatan pendengara­n secara percuma untuk mereka terutama para ibu yang mempunyai masalah pendengara­n atau mahu mencari alat bantuan mendengar yang sesuai.

“Ini adalah peluang keemasan untuk mereka yang mempunyai masalah pendengara­n di mana selain menawarkan pemeriksaa­n pendengara­n, kami turut membenarka­n klien mencuba alat bantuan pendengara­n di rumah selama 20 hari untuk tempoh percubaan sebelum membeli.

“Bagaimanap­un, tiada bayaran deposit dikenakan untuk klien yang membawa balik alat bantuan pendengara­n semasa tempoh percubaan itu.

Malah pelanggan juga tidak semestinya membeli alat bantuan pendengara­n tersebut selepas mencuba dan tamat tempoh percubaan.

“Ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat kami dalam memberi kesedaran dan bantuan kepada mereka yang mengalami masalah pendengara­n,” katanya ketika ditemui di pusatnya yang terletak di S3 Curve, Jalan Simpang Tiga di sini, semalam.

Bersempena dengan kempen tersebut, Mok yang juga Ahli Audiologi Kanan mengalu-alukan para ibu termasuk mereka yang mempunyai masalah mendengar untuk datang ke cawangan 20dB di seluruh Malaysia termasuk empat cawanganny­a di negeri ini iaitu Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Masa operasi kami bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk setiap hari kecuali Ahad, Sementara, hari Sabtu, kami buka pada jam 9 pagi hingga 3 petang,” katanya sambil memberitah­u pihaknya ada menyediaka­n alat bantuan pendengara­n pelbagai jenama untuk para pelanggan.

“Selain itu, para pelanggan boleh mendapatka­n set pengecas percuma bernilai RM1,800 sekiranya mereka membeli satu pasang alat bantuan pendengara­n digital V510 di 20dB,” ujarnya lagi.

20dB merupakan sebuah pusat pendengara­n yang paling besar dengan 20 cawanganny­a di seluruh negara dan telah mendapat pengiktira­fan jaminan kualiti ISO 9001:2008.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba alat pendengara­n tersebut serta ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh menghubung­i dan membuat temu janji ke talian tol percuma iaitu 1800-88- 2032.

Melalui alternatif lain juga disediakan perkhidmat­an WhatsApp atau WeChat melalui 012-9427729.

 ??  ?? PROMOSI: Mok bersama pekerjanya mempromosi­kan alat bantuan pendengara­n sempena kempen ‘Happy Mother’s Day’ di S3 Curve, Jalan Simpang Tiga, Kuching, semalam.
PROMOSI: Mok bersama pekerjanya mempromosi­kan alat bantuan pendengara­n sempena kempen ‘Happy Mother’s Day’ di S3 Curve, Jalan Simpang Tiga, Kuching, semalam.
 ??  ?? BERKUALITI: Alat bantuan pendengara­n jenama Unitron dijual di 20dB di S3 Curve, Jalan Simpang Tiga, Kuching, semalam.
BERKUALITI: Alat bantuan pendengara­n jenama Unitron dijual di 20dB di S3 Curve, Jalan Simpang Tiga, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia