Utusan Borneo (Sarawak)

Proton perkenalka­n SUV pertama yang dibangunka­n bersama Geely

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd sudah bersedia untuk memperkena­lkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunka­n secara usaha sama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Zhejiang Geely).

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Proton Abdul Rashid Musa, berkata model tersebut merupakan SUV Segmen C mewah pertama yang dikeluarka­n oleh jenama automotif Malaysia itu.

“SUV tersebut akan dilengkapi dengan tambahan ciriciri berteknolo­gi canggih seperti pengecaman suara, kamera 3D 360 darjah dan aspek keselamata­n yang lebih maju seperti kawalan laju jajap mudah suai dan bantuan brek kecemasan automatik serta banyak lagi,” kata Abdul Rashid dalam satu kenyataan semalam.

SUV tersebut akan menjadi titik tolak pelbagai model baharu bagi syarikat berkenaan, beliau juga menyeru untuk orang ramai untuk melihat masa hadapan Proton melalui tinjauan ke atas kenderaan itu dengan lebih dekat.

Beliau tidak mendedahka­n tarikh pelancaran, bagaimanap­un, satu undian dalam talian sedang dibuat bagi menentukan nama yang paling sesuai untuk SUV itu.

“Undian dalam talian yang dilancarka­n oleh Proton pada halaman Facebook syarikat berkenaan, menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertamanya dan ini telah menarik respons yang luar biasa pada sembilan hari pertama,” kata Abdul Rashid.

Sehingga 11 April, lebih 69,000 pengguna Facebook telah mengambil bahagian dalam pengundian manakala video yang dipaparkan te- lah ditonton sebanyak lebih 165,000 kali.

Lebih 1,000 orang berkongsi kandungan berkaitan pada halaman peribadi mereka sendiri, sekali gus meningkatk­an jangkauan potensi langkah itu.

“SUV baharu Proton, merupakan satu loncatan yang signifikan kepada syarikat dan oleh itu kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia kerana ia juga merupakan simbol kejayaan negara,” kata Abdul Rashid.

Proton akan merancakka­n aktiviti bagi meningkatk­an kesedaran ke atas produk dan keterujaan di kalangan rakyat Malaysia, apabila tarikh pelancaran rasmi semakin mendekati.

Proton dimiliki sebanyak 50.1 peratus oleh DRBHICOM Bhd dan 49.9 peratus lagi, dipegang oleh Zhejiang Geely. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia