Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN sentiasa prihatin nasib OKU

-

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dengan isu pembanguna­n modal insan termasuk kemaslahat­an warga Orang Kurang Upaya (OKU), kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga IsteriIste­ri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor.

B e l i a u b e r k a t a dalam merangka dasar pembanguna­n negara, k e r a j a a n m e n g a m b i l pendekatan yang inklusif dan tidak sekali-kali menyisihka­n golongan istimewa itu.

“M a l a h k e r a j a a n mengiktira­f mereka sebagai s e b a h a g i a n d a r i p a d a modal insan yang mampu menyumbang kepada pembanguna­n negara merentasi pelbagai bidang. Ini terbukti dengan peningkata­n akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan perubahan sosio ekonomi golongan OKU dalam tempoh sedekad ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Golongan OKU di Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Kelantan ( PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Pada majlis anjuran Program Semai BAKTI dan PENAWAR itu, Rosmah menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada 600 anakanak kurang upaya daripada 44 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kelantan selain menyempurn­akan pelancaran buku Panduan Lawatan Ke Rumah Anak Istimewa.

R o s m a h t u r u t menyerahka­n sumbangan A i d i l f i t r i b e r j u m l a h RM10,000 untuk diagihkan oleh PENAWAR kepada anak kurang upaya PDK yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri ini.

Katanya aspek pembelaan golongan OKU negara ini terus diperkukuh melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50) selain peruntukan bantuan kerajaan sebanyak RM100 juta menerusi Bajet 2018 serta potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji OKU.

“Jelas di bawah kerajaan BN bukan sahaja hak OKU dipertahan­kan malah pelbagai inisiatif sentiasa dibangunka­n demi memperkasa golongan istimewa ini,” katanya.

Melalui program Semai BAKTI, Rosmah berkata pihaknya tidak pernah ketinggala­n menganjurk­an program tradisinya setiap tahun iaitu memberi baju dan duit raya kepada anak-anak istimewa di semua negeri.

Katanya walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa, diharapkan ia mampu memberi sinar kebahagiaa­n kepada anakanak istimewa untuk menyambut Hari Raya.

Sementara itu, Rosmah turut menyampaik­an sumbangan BAKTI kepada 20 pelajar OKU Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, bagi membantu pelajar terbabit menyambut Aidilfitri tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia