Utusan Borneo (Sarawak)

MIB: AS1M pupuk budaya menabung, tambah simpanan kaum India

-

PUTRAJAYA: Seramai 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah (B40) disasarkan menyertai skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang dilancarka­n Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Unit Pembanguna­n Sosioekono­mi Masyarakat India (SEDIC) Prof Datuk Dr N. S. Rajendran berkata sebanyak RM500 juta diperuntuk­kan bagi tempoh lima tahun di bawah skim pinjaman pelaburan khas yang ditawarkan kepada isi rumah golongan B40 kaum itu.

Beliau berkata isi rumah B40 masyarakat India akan diberi pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 setiap isi rumah bagi memupuk budaya menabung selain menambah simpanan kumpulan B40 khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan.

“Skim AS1M ini berasaskan salah satu sasaran di dalam Pelan Tindakan Masyarakat India ( MIB), iaitu memastikan sekurangku­rangnya 50 peratus isi rumah yang didaftar sebagai miskin dapat menunjukka­n peningkata­n simpanan dalam tempoh 10 tahun pelaksanaa­n MIB,” katanya dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini

Selain RM500 juta peruntukan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan turut mengumumka­n pengagihan 1.5 bilion unit tambahan AS1M untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur dalam pengumuman Bajet 2018.

Tawaran tambahan 1.5 bilion unit ( AS1M) oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mula ditawarkan untuk langganan oleh masyarakat India pada 29 Jan tahun ini sehingga habis dilanggan.

Rajendran berkata setakat ini, masyarakat India telah melabur kira- kira RM371 juta dalam AS1M sejak diperkenal­kan dua bulan lalu melibatkan lebih 420,000 transaksi.

Bagi kategori B40 pula, katanya SEDIC telah mengenal pasti kira-kira 20,000 isi rumah berdasarka­n kelayakan daripada sistem kerajaan sedia ada seperti e- kasih, Jabatan Kebajikan Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita telah mengenal pasti 1,000 orang dalam kumpulan pertama secara telus dan jujur. SEDIC berkerjasa­ma rapat dengan Permodalan Nasional Berhad akan terus menggandak­an untuk meningkatk­an jumlah pelaburan dalam AS1M.

“Inisiatif di bawah Bajet 2018 ini menunjukka­n komitmen penuh kerajaan dalam menyelesai­kan isu berkaitan masyarakat India dalam jangka masa panjang,” katanya.

Menyentuh kriteria ke- layakan, Rajendran berkata antara kriteriany­a adalah ketua isi rumah mestilah warganegar­a Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai pendapatan kasar bulanan kurang daripada RM3,131 serta tidak muflis semasa pendaftara­n dan sepanjang tempoh pembiayaan.

“Paling penting, hanya salah seorang isi rumah yang layak memperoleh­i pembiayaan itu. Sepanjang tempoh 10 tahun itu, kita sasarkan kumpulan B40 akan mendapat pulangan sekurang- kurangnya RM8,000. Isi rumah B40 digalakkan bayar balik RM5,000 dalam tempoh 10 tahun, dan kita tidak akan paksa mereka bayar setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pelaburan AS1M ini dilihat bukan sahaja menawarkan pulangan menarik dan kompetitif, malah kaedah yang baik melawan inflasi.

Dalam usaha membantu masyarakat India khususnya golongan B40, beliau menjelaska­n sebarang pelaburan melebihi kadar inflasi boleh dianggap sebagai kalis inflasi dan jumlah dividen yang diagihkan adalah jauh melebihi kadar inflasi.

“Sebagai contoh, untuk tahun berakhir 30 Sept 2017, AS1M memberikan pulangan dividen sebanyak 6 sen seunit ( 6 peratus) berbanding purata kadar inflasi indeks harga pengguna sebanyak 4.3 peratus untuk tempoh yang sama.

“Malah kadar dividen yang telah kita bayar sebelum ini pun jauh mengatasi kadar deposit bank sekitar 3 peratus. Ini bermaksud produk AS1M menawarkan pulangan yang menarik lagi kompetitif,” katanya kepada Bernama.

Setakat 31 Mac lepas, daripada 431,904 pemegang unit AS1M yang dicatatkan, 93,692 (22 peratus) merupakan pemegang unit daripada kalangan masyarakat India dengan pegangan sebanyak 2.7 bilion unit (21 peratus).

Abdul Wahid berkata sebanyak 432 juta unit AS1M yang diperuntuk­kan telahpun dilanggan pada tempoh yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia