Utusan Borneo (Sarawak)

Buat permohonan lesen kepada DBKK

-

KOTA KINABALU: Manamana pihak yang hendak memasang dan mempamerka­n bendera atau sebarang iklan parti dalam mana-mana kawasan bandaraya perlu memohon kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, permohonan berkenaan dibuat sebelum tempoh pemasangan dibenarkan bagi mendapatka­n lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Iklan) Bandaraya Kota Kinabalu 1983.

Katanya, bayaran akan dikenakan sebanyak 25 sen sehari bagi setiap helai bendera atau iklan yang dipamerkan.

Menurutnya, bayaran de- posit juga akan dikenakan mengikut jumlah lesen iklan yang dipohon.

“Selepas bermula tempoh berkempen, calon yang bertanding perlu membayar deposit keselamata­n kepada DBKK sebelum membuat sebarang pemasangan bendera, iklan atau bahan kempen pilihan raya di lokasi yang ditetapkan.

“Kadar deposit adalah sebanyak RM2,000 bagi kawasan parlimen dan RM1,000 bagi negeri selaras dengan undangunda­ng yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Pihaknya turut mengingatk­an kepada parti poli- tik yang bertanding agar mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi mengelakka­n perkara yang tidak diingini.

Beliau berkata, sebarang bahan kempen tidak dibenarkan dipasang atau didirikan di beberapa kawasan tertentu.

Ia termasukla­h kawasan yang boleh menghalang pandangan para pemandu kenderaan, pokok-pokok kayu, kawasan yang dilanskapk­an, serta bangunan-bangunan kerajaan.

Yeo berkata, DBKK boleh mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (Iklan) Bandaraya Kota Kinabalu 1983 terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat berkenaan.

 ??  ?? SIASAT DAHULU: Dr Christina (kiri) menyaksika­n Rosmadi (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Pameran Aset Perubatan Klasik Borneo Utara di Kompleks Muzium Sabah.
SIASAT DAHULU: Dr Christina (kiri) menyaksika­n Rosmadi (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Pameran Aset Perubatan Klasik Borneo Utara di Kompleks Muzium Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia