Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an yang diberikan JKNS sentiasa berkualiti: Dr Christina

-

KOTA KINABALU: Jangan hanya melihat pada kelemahan serta kekurangan yang terdapat pada perkhidmat­an hospital, sebaliknya ketahui dahulu keadaan sebenar sebelum membuat tuduhan liar.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata demikian ketika membalas kenyataan satu berita portal yang menyentuh kelemahan fasiliti hospital di seluruh Malaysia termasuk beberapa hospital di Sabah.

“Sayameliha­tlaporanit­utidak disertakan sumber penulisnya. Penulis hanya berniat mencari kesalahan dan kelemahan pihak hospital tetapi bukan kebaikan yang kita sampaikan.

“Berita itu berat sebelah, tidak adil... sekiranya benar sebut siapa penulis berkenaan dan kita akan tahu apa niat sebenar individu terbabit,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pameran Aset Perubatan Klasik Borneo Utara di Kompleks Muzium Sabah pada Selasa.

Beliau berkata, perkhidmat­an yang diberikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berkualiti, dengan tenaga kerja yang berkemahir­an dan infrastruk­tur setaraf dengan fasiliti di tempat lain.

Tidak dinafikan katanya, memang wujud kelemahan kerana perkhidmat­an kesihatan tidak 100 peratus sempurna.

“Dari segi bangunan yang perlu diganti, lif rosak dan kekurangan bekalan ubat, ia bukan kesilapan hospital sebaliknya ia melibatkan satu rangkaian besar perolehan yang diperlu diberikan perhatian.

“Sekiranya kekurangan ubat, ia adalah dari rangkaian perkhidmat­an kerana kami bukan membuat ubat, sebaliknya ia dibekalkan. Oleh itu, silapnya mungkin datang dari segi proses perolehan dan penghantar­an,” katanya.

Menurutnya, JKNS sentiasa bertanggun­gjawab dalam menggantik­an kemudahan yang rosak. Sebagai contoh, lif di hospital Sandakan sedang diperbaiki dan dijangka siap pada Mei depan.

Katanya, dalam perkara itu, ia mempunyai proses perolehan tersendiri memandangk­an projek pembaikan itu terletak dalam tanggungja­wab Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mereka juga mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi dan proses itu wajar untuk dihormati.

“Berkaitan dengan ubat-ubatan, tidak dinafikan sejak kebe- lakangan ini kita berhadapan masalah kekurangan bekalan ubat, kadang-kadang kita tidak dapat bekalkan untuk satu tempoh yang diperlukan.

“Apa yang lakukan adalah memaklumka­n dan memberi ubat kepada pelanggan kita untuk satu tempoh singkat. Kami tidak akan meminta pelanggan mencari ubat di tempat lain.

“Saya harap orang awam dapat menghargai perkhidmat­an yang diberikan, kita bukan mahu dipuji sebaliknya hanya ingin menyampaik­an keadaan sebenar dan bukannya hanya lihat kepada kelemahan yang mungkin sementara sahaja,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai.

 ??  ?? TIDAK SETUJU: Sarapin (depan, tujuh kiri) bersama barisan jawatankua­sa bahagian PBS Matunggong.
TIDAK SETUJU: Sarapin (depan, tujuh kiri) bersama barisan jawatankua­sa bahagian PBS Matunggong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia