Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota UMNO jangan jadi ‘talam dua muka’

-

KOTA KINABALU: Anggota UMNO dinasihatk­an agar tidak mengamalka­n sikap talam dua muka yang bukan sahaja menjadi parasit kepada parti malah mengundang kekeliruan kepada rakyat.

KetuaPener­anganUMNO Bahagian Sepanggar Datuk Saidon Kadis berkata, sikap talam dua muka perlu dielakkan oleh semua anggota parti, khususnya dalam kalangan pimpinan yang sepatutnya menjadi teladan kepada anggota yang lain agar sentiasa memberi suntikan semangat kepada perjuangan parti dalam membela rakyat.

“Perkara asas ini sepatutnya menjadi tunjang dalam dalam perjuangan masingmasi­ng, kerana jika berjuang untuk kepentinga­n peribadi, perjuangan yang dilakukan bukan berdasarka­n kepada kesetiaan tetapi demi nama dan kepentinga­n diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan peletakan jawatan Ahli Jawatankua­sa UMNO Bahagian Sepanggar, Azhar Matussin serta enam AJK yang lain yang berkuat kuasa serta-merta pada Ahad.

Saidon berkata, kematangan dalam berpolitik perlu sentiasa dipraktikk­an tanpa dipengaruh­i oleh emosi dan anasir luar sehingga menjejaska­n kredibilit­i sesebuah parti.

“Saya melihat segala dakwaan yang dilemparka­n oleh bekas AJK Bahagian ini lebih bersifat andaian peribadi semata-mata dengan niat cubaan menghasut rakyat Sepanggar untuk berubah angin.

“Ini yang saya maksudkan seperti talam dua muka, sanggup menggadaik­an diri kepada pihak lawan demi kepentinga­n peribadi,” tambahnya.

Baru-baru ini Azhar dalam satu kenyataan mengumumka­n peletakan jawatan bersama enam lagi AJK UMNO Bahagian Sepanggar.

Dalam kenyataan itu, Azhar mendakwa hilang percaya kepada pucuk pimpinan UMNO bahagian itu kerana mengarahka­n semua cawangan termasuk Pergerakan Wanita dan Putri supaya tidak menghadiri program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar yang kerusinya sebelum ini disandang Datuk Jumat Idris yang telah digantung keahlian dari UMNO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia