Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n menyinari Teluk Bahang

-

KAMPUNG Kuala Sungai Pinang di Teluk Bahang di Balik Pulau, Pulau Pinang adalah sebuah perkampung­an nelayan yang rata-rata pendudukny­a bergantung penuh kepada pendapatan daripada hasil laut.

Jika dahulu kawasan itu menjadi ‘syurga’ bagi nelayan tempatan dengan hasil laut yang lumayan, tetapi kini pendapatan mereka sebagai nelayan pantai dikatakan terancam berikutan projekproj­ek tambak laut yang menjejaska­n habitat laut di kawasan itu.

Justeru, golongan nelayan di Teluk Bahang yang merupakan sebuah pekan pantai paling hujung di Pulau Pinang perlu mencari alternatif lain mempelbaga­ikan punca pendapatan bagi meneruskan kehidupan mereka.

Tetapi nasib mungkin menyebelah­i mereka apabila kawasan yang dahulunya hanyalah sebuah perkampung­an nelayan dan pertanian itu, kini semakin membangun dengan pelbagai produk hasil laut, pertanian dan destinasi pelanconga­n.

Kawasan yang terletak paling dalam dari George Town dan Butterwort­h itu kini merupakan sebuah kawasan agropelanc­ongan yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk setempat dan membolehka­n mereka menjana dua pendapatan dalam satu masa.

Mengakui kebanyakan nelayan kini menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki di laut akibat penambakan laut yang berlaku di sekitar negeri ini, Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Persekutua­n (JKKKP) Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang, Ismail Johar berkata mereka yang sebelum ini mencari rezeki dengan hasil laut, kini perlu beralih arah untuk menjana pendapatan menyara keluarga.

Bagi menyelesai­kan masalah nelayan itu, Ismail berkata beliau dimaklumka­n kerajaan persekutua­n telah membuat perancanga­n untuk membina pintu masuk kedua ke Taman Negara Teluk Bahang demi memberikan peluang peniagaan kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata projek pembanguna­n sedemikian akan mewujudkan aktiviti ekonomi kepada penduduk kampung selain memberi peluang pekerjaan.

“Nelayan boleh diberi lesen untuk memandu bot pelancong sekali gus menjadi punca pendapatan kedua bagi mereka sekiranya tidak ke laut.

“Para nelayan yang tidak dapat ke laut juga boleh mengambil peluang untuk memasarkan hasil-hasil laut mereka seperti ikan masin, keropok dan udang kering dengan kehadiran pelancong yang ramai sekiranya ada laluan kedua itu,” katanya.

Kampung Kuala Sungai Pinang mempunyai hampir 3,000 penduduk yang kebanyakan­nya adalah nelayan atau peniaga hasil laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata pelbagai perancanga­n dibuat untuk membangunk­an kawasan itu yang mempunyai tiga sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan pelanconga­n, sekali gus meningkatk­an pendapatan penduduk tempatan.

Beliau berkata kawasan Teluk Bahang di bawah Parlimen Balik Pulau itu mempunyai banyak tanah terbiar yang jika diusahakan secara berkelompo­k atau dimajukan boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Yang pertama saya nak majukan pelanconga­n dengan membuka laluan kedua Taman Negara dan menaik taraf jeti Sungai Pinang. Secara konsepnya cadangan yang dikemukaka­n itu telah dipersetuj­ui menteri pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata projek itu termasuk tempat penginapan dan tempat khas untuk pelan- cong melihat kelip- kelip pada waktu malam dengan satu bahagian di kawasan itu telah ditanam dengan pokok Berembang atau nama saintifikn­ya, Sonneratia Caseolaris, iaitu tanaman bakau yang amat penting kepada kelip-kelip sebagai sumber makanan.

Shah Headan berkata dari segi pertanian pula projek penanaman nanas telah dimulakan bagi menggantik­an tanaman pisang dan buat permulaan ia ditanam di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Teluk Bahang.

“Bagi satu ekar, tanaman nanas itu boleh memberi pulangan kira-kira RM40,000 setahun,” katanya.

Seorang pengusaha nanas premium MD2, Mohd Radzi Embee, 62, berkata wakil rakyat di Teluk Bahang itu telah mendorong beliau bersama dua rakannya iaitu Wan Hassan Yakop, 64, dan Abdul Manaf Abdul Mutalib, 45, untuk mengusahak­an projek penanaman nanas itu.

“YB yang memberi dorongan kepada kami dengan mengatur untuk kami hadiri kursus tanaman nanas dan membuat pemohonan kelulusan daripada pihak berkuasa supaya kami dapat menjana lebih pendapatan,” katanya.

Beliau berkata nanas MD2 merupakan jenis nanas yang menerima pemintaan tinggi dan harga pasarannya juga boleh mencecah RM6 sekilogram.

“Biji benih nanas memerlukan masa lebih kurang 14 bulan untuk berbuah sebelum kami dapat mengutip hasil untuk dijual di pasar atau kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA),” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENDAMAIKA­N: Ismail menunjukka­n lokasi sebuah jeti yang akan dibina yang akan menghubung­kan pintu masuk kedua ke Taman Negara Teluk Bahang.
— Gambar Bernama MENDAMAIKA­N: Ismail menunjukka­n lokasi sebuah jeti yang akan dibina yang akan menghubung­kan pintu masuk kedua ke Taman Negara Teluk Bahang.
 ?? — Gambar Bernama ?? SATU PERNIAGAAN: Mohd Radzi (kiri), Wan Hassan (kanan) dan Abdul Manaf meninjau kawasan penanaman nanas di Teluk Bahang, George Town.
— Gambar Bernama SATU PERNIAGAAN: Mohd Radzi (kiri), Wan Hassan (kanan) dan Abdul Manaf meninjau kawasan penanaman nanas di Teluk Bahang, George Town.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia