Utusan Borneo (Sarawak)

Floria Diraja Putrajaya 2018 tampil 10 bunga tema bermula Ogos

-

FESTIVAL Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2018 atau lebih dikenali sebagai Floria Diraja Putrajaya 2018 akan berlangsun­g selama sembilan hari bermula 25 Ogos ini di Anjung Floria, Presint 4 di Putrajaya.

Presiden Perbadanan Putrajaya ( PPj) Datuk Seri Hashim Ismail berkata festival yang memasuki edisi ke- 10 itu bertemakan ‘ 10 Kegemilang­an Floria’ akan menampilka­n kesemua bunga yang pernah menjadi bunga tema sejak 2007.

“Kesemua bunga tema iaitu bunga raya, orkid, heliconia, ros, bunga kertas, begonia, lili dan kekwa akan menghiasi logo Floria 2018 yang menjadi pelengkap angka ‘10’ sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke- 10 penganjura­n Floria dalam sambutan bulan kemerdekaa­n,” katanya.

Beliau berkata PPj yang menyasarka­n sejuta pengunjung berharap acara itu dapat mewujudkan persekitar­an landskap yang indah dan menarik bagi mencermink­an keceriaan bandar dan kesejahter­aan warga Putrajaya.

“Floria pada kali ini akan mempamerka­n lebih 400,000 pokok dari pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman, selain beberapa tarikan utama seperti ‘Wonder Garden’, ‘Miniature Garden’,” katanya pada sidang media mengenai Floria Diraja Putrajaya 2018 barubaru ini.

Beliau berkata Taman Diraja Perak yang diilhamkan daripada Istana Kenangan di Kuala Kangsar, turut diintegras­ikan dalam reka bentuk taman yang memaparkan ciriciri seni bina merangkumi ikon seperti Menara Pavilion, Menara Jam Kuala Kangsar dan Masjid Ubudiah.

Hashim berkata Taman Fertigasi yang menggabung- kan tanaman menggunaka­n sistem fertigasi dan jualan hasil segar dari ladang, dijangka menarik pengunjung untuk merasa kesegaran dan kemanisan buah rock melon yang baharu dituai di Taman Wetland yang dijual di taman berkenaan.

“Festival ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabang­sa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Brunei, China, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Singapura, Vietnam, Thailand dan Taiwan,” katanya.

Dalam pada itu, Hashim berkata lebih 90 pengusaha kraf akan menawarkan produk seni dan kraf yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan, landskap dan alam semula jadi di tapak pameran Floria Arts and Craft.

Harga tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan sebanyak RM12 bagi pemegang MyKad, RM24 (warga asing) manakala kanak- kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas masing-masing RM6 bagi pemegang MyKad serta RM12 untuk warga asing untuk Isnin hingga Jumaat.

Untuk Sabtu dan Ahad, harga tiket yang ditetapkan sebanyak RM15 bagi pemegang Mykad, RM30 (warga asing) manakala kanak-kanak, OKU dan warga emas (RM8 bagi pemegang MyKad) serta RM16 (warga asing).

Bagi memudahkan pengunjung, kaunter tiket akan dibuka dua hari sebelum festival itu berlangsun­g iaitu dari 9 pagi hingga 7 malam dan boleh juga dibeli dalam talian bermula 1 Mei pada kadar 20 peratus diskaun dengan melayari laman web www. floriaputr­ajaya. com. my. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INDAH: Hasim (tiga kanan) diberi penerangan oleh Haslinda (dua kanan) mengenai taman bunga mini yang dihias indah pada sidang media Floria Diraja Putrajaya.
— Gambar Bernama INDAH: Hasim (tiga kanan) diberi penerangan oleh Haslinda (dua kanan) mengenai taman bunga mini yang dihias indah pada sidang media Floria Diraja Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia