Utusan Borneo (Sarawak)

Tanaman strawberi di Kedah jadi tumpuan dan tular di media sosial

-

BERMULA dengan hobi menanam pelbagai jenis pokok di halaman rumahnya di Sungai Petani, Harusani Saari, 33, mempergiat aktivitiny­a dengan menanam strawberi di kawasan lebih luas dan hasilnya bukan sahaja memberangs­angkan, malah kini menjadi tumpuan ramai.

Kawasan tanaman strawberi itu yang dinamakann­ya Laman Fig Suhanis seluas 1.5 ekar di Semeling di Sungai Petani, kini tular di laman sosial.

Harusani berkata ladang- nya itu diwujudkan kira-kira empat tahun lalu, bermula dengan tanaman pokok tin sebelum tercetus idea untuk memulakan tanaman strawberi, kira-kira lapan bulan lalu, berselang-seli dengan tanaman pokok tin yang sudah mengeluark­an hasil.

“Sebagai permulaan saya membeli 100 anak benih dari Klang, Selangor, malah saya turut mendapatka­n pandangan dan nasihat daripada pegawai pertanian...apabila pokok membesar dan bercambah dengan baik saya beli tambah anak pokok baharu, kini terdapat beribu- ribu pokok strawberi di ladang ini dan kesemuanya sudah mula berbuah.

“Rasa buahnya setanding dengan buah yang ditanam di Tanah Tinggi Cameron, masam-masam manis, penjagaann­ya juga tidak sukar, boleh terdedah di bawah cahaya matahari walaupun iklim di sini tidak sejuk, bahkan daunnya tidak mudah diserang ulat atau dijangkiti penyakit, cuma tumpuan lebih perlu diberikan terhadap penyira- man dan pembajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di ladangnya, di Sungai Petani, baru-baru ini.

Pada mulanya, beliau sekeluarga agak terkejut apabila ladang yang sebelum ini hanya dilawati ahli keluarga, jiran dan rakan terdekat, kini mendapat kunjungan ramai selepas tular di laman sosial sejak pertengaha­n Mac.

“Saya tidak tahu siapa yang mula tularkan tetapi rasa berterima kasih kepada mereka. Saya agak terkejut pada mulanya, belum bersedia menerima kunjungan ramai, tambahan pula ketika itu cuti sekolah selama seminggu, memang tidak menang tangan… ada ketikanya mencecah 2,000 pengunjung sehari terdiri daripada pelbagai bangsa dalam atau luar negeri.

“Mula-mula tular, memang pelawat boleh petik sendiri buah tetapi apabila ada pengunjung yang datang untuk bergambar tetapi tiada buah di sini, saya sedar penambahba­ikan perlu dibuat, akhirnya saya putuskan di sini hanya untuk lawatan dan bergambar tanpa dikenakan bayaran,” katanya.

Buah strawberi itu dijual pada kadar (RM15/300 gram) dan anak benih ( RM30RM50 sepokok, bergantung kepada saiz). Selain itu ada jualan produk hiliran berasaskan strawberi seperti aiskrim strawberi, kek cawan, kek lembab, strawberi coklat dan air strawberi.

Harusani berkata terdapat satu lagi ladang strawberi dan tin yang luasnya kira-kira enam kali ganda daripada ladang di Semeling, yang diusahakan­nya di Bujang, bagi membekalka­n buah strawberi untuk dijual kepada pengunjung di Laman Fig Suhanis.

“Hanya Laman Fig Suhanis yang saya buka untuk lawatan, bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam setiap hari...jika sebelum menjadi tular, jualan buah sekitar 50 kilogram sehari bagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kini mencecah antara 80kg hingga 100kg.

“Setakat ini hanya tujuh staf yang membantu di ladang. Ada juga hasrat untuk buka ladang di Bujang untuk lawatan, tetapi tidak mahu gopoh, banyak aspek yang perlu diteliti,” katanya.

Dalam pada itu, Harusani turut berkongsi nasihat kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang pertanian agar tidak mudah berputus asa selain perlu banyak bersabar dan berusaha.

“Kena usaha, sabar, berdoa dan bertawakal dalam mengharung­i dugaan, pokok pangkalnya minat walaupun tiada latar belakang pertanian seperti saya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBUDI KEPADA TANAH: Nur Atikah Zakaria, 23, menunjukka­n pokok strawberi di ladangnya di Semeling.
— Gambar Bernama BERBUDI KEPADA TANAH: Nur Atikah Zakaria, 23, menunjukka­n pokok strawberi di ladangnya di Semeling.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia