Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD B TERUS PAMER KEBANGKITA­N •

Benam Kuala Lumpur 1-0 pada perlawanan penutup pusingan pertama Piala Presiden 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad B Sarawak terus mempamer kebangkita­n dalam kempen Piala Presiden 2018.

Terbaharu, skuad itu berjaya menundukka­n Kuala Lumpur, 1-0 pada aksi penutup pusingan pertama berlangsun­g di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Pemain lincah, Nazarudin Bohri menjadi wira Sarawak dengan menjaringk­an gol kemenangan cantik pada minit ke-87.

Penyerang itu mendada cantik bola hantaran jauh rakan sepasukan sebelum melakukan tendangan leret di sudut kiri gawang lawan untuk menewaskan Muhammad Aizuddin Ahmad.

Tuan rumah sepatutnya sudah berada di depan pada babak pertama, namun ketumpulan jentera serangan menghampa deretan peluang terhidang.

Situasi itu berlarutan ke babak kedua dengan penyerang k e d u a - dua pihak masih gagal menembusi jaringan.

“Syukur, kita berjaya mengutip tiga lagi mata penuh. Dengan kemenan- gan ini, misi kita untuk mengutip mata penuh dari dua perlawaan di tempat sendiri berjaya dicapai. “Perlawanan petang ini bukan mudah kerana Kuala Lumpur tidak memberi ruang kepada pemain kita untuk mencipta peluang.

“Namun, pujian harus diberikan kepada pemain kita kerana sentiasa tenang dalam menghadapi tentangan dari pihak lawan,” jelas Penolong Jurulatih Sarawak, Abang Fomay Abang Sa’adeli ketika ditemui selepas perlawanan tamat.

Beliau bagaimanap­un mengharapk­an pemain dapat mengekalka­n momentum serupa pada aksi pusingan kedua kelak agar Sarawak dapat mengukuhka­n kedudukan dalam Kumpulan B.

Dengan kemenangan itu, Sarawak kini mengumpul 13 mata hasil dari empat kemenangan, sekali seri dan lima kekalahan.

Mereka akan meneruskan kempen menentang Terengganu FC III di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 19 April ini.

“Syukur, kita berjaya mengutip tiga lagi mata penuh. Dengan kemenangan ini, misi kita untuk mengutip mata penuh dari dua perlawaan di tempat sendiri ” berjaya dicapai.

Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABANG FOMAY
ABANG FOMAY
 ??  ??
 ??  ?? GEMBIRA: Pemain Sarawak meraikan jaringan kemenangan Nazarudin pada perlawanan Piala Presiden menentang Kuala Lumpur semalam.
GEMBIRA: Pemain Sarawak meraikan jaringan kemenangan Nazarudin pada perlawanan Piala Presiden menentang Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia