Utusan Borneo (Sarawak)

Dividen harus setimpal tanah

Pemberian dividen sentiasa menjadi keluhan peserta FELCRA khususnya di Sadong Jaya, kata Aidel

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Syarikat FELCRA Berhad ( FELCRA) digesa mengkaji semula pemberian dividen peserta program ladang sawit agar setimpal dengan keluasan tanah mereka yang diusahakan dengan tanaman komoditi tersebut.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo ketika berucap pada Program ‘Quick Win’ anjuran Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui FELCRA Berhad Sarawak di Dewan Sadong Jaya di sini semalam.

Beliau mendedahka­n bahawa isu pemberian dividen sentiasa menjadi keluhan para peserta FELCRA khususnya di kawasan Sadong Jaya.

“Apa yang sering menjadi bualan dan keluhan peserta FELCRA adalah kadar bayaran dividen yang tidak setimpal dengan keluasan tanah mereka.

“Kalau boleh saya dengan rendah hati memohon agar kadar bayaran dividen ini dilihat semula supaya jumlah dividen yang diterima peserta lebih ‘kacak’ setimpal dengan keluasan tanah mereka,” katanya.

Aidel memberitah­u, kebanyakan peserta FELCRA turut mempunyai kebun sawit sendiri dan mereka mengetahui jumlah perolehan setiap ekar tanah.

Malah tegasnya, ketua pegawai eksekutif (CEO) FELCRA pernah berjanji untuk memperinci­kan semula perkara tersebut semasa pertemuan yang dilakukan pada Jun tahun lalu.

“Perkara ini penting bagi mengelak persepsi negatif dalam kalangan peserta FELCRA,” ujarnya.

Program itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang turut ditemani wakil Pengurus Perladanga­n Wilayah Sarawak Mohd Jamil Muhamad Hanipiah mewakili pengurus besar FELCRA Wilayah Sarawak.

Nancy dalam ucapan per- asmiannya berkata, beliau bangga melihat kejayaan seorang anak tempatan Batang Sadong, Mohd Kasat Bujang Narawi yang memenangi kategori Pemenang Harapan (Projek Kimpalan dan Arca) dalam Pertanding­an ‘Cabaran Perniagaan Luar Bandar’ atau ‘Rural Business Challenge’ pada 2016 yang dianjurkan FELCRA Berhad.

Hasil kejayaan itu, termeterai­lah perjanjian antara beliau dengan syarikat Karyaneka Sdn Bhd (syarikat di bawah Kraftangan Malaysia).

“Saya berharap penduduk di Sadong Jaya bijak mengambil peluang daripada sumber semula jadi di kawasan ini dan mengusahak­annya menjadi produk tempatan.

“Ini kerana kerajaan menyediaka­n pelbagai bantuan dan inisiatif bagi membantu rakyat meningkatk­an kemahiran dan ilmu dalam bidang keusahawan­an,” ujarnya.

“Apa yang sering menjadi bualan dan keluhan peserta FELCRA adalah kadar bayaran dividen yang tidak setimpal ” dengan keluasan tanah mereka.

Aidel Lariwoo ADUN Sadong Jaya

 ??  ?? RASMI: Aidel ditemani Nancy menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Premis Usahawan di bawah projek ‘Quick Win’.
RASMI: Aidel ditemani Nancy menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Premis Usahawan di bawah projek ‘Quick Win’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia