Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA SARAWAK KERJA KUAT

BN Negeri mahu dua wanitanya dikekalkan dalam kabinet persekutua­n jika menang 28 kerusi PRU14.

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Barisan Nasional ( BN) Sarawak mahu dua wanitanya dikekalkan di kabinet persekutua­n jika menang 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi memperkasa­kan wanita khasnya dari Sarawak dalam kabinet pusat.

“Mana pernah Sarawak diwakili dua menteri wanita dalam kabinet persekutua­n sebelum ini dan mudah-mudahan ini dikekalkan.

“Tan Sri (Shahrizat) jangan lupa kekalkan mereka berdua… minta diberitahu kepada perdana menteri bahawa wanita Sarawak bekerja kuat mempertaha­nkan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PRU14 Wanita BN Sarawak yang dihadiri Ketua Wanita BN Pusat Tan Sri Shahri-

“Mana pernah Sarawak diwakili dua menteri wanita dalam kabinet persekutua­n sebelum ini dan mudah-mudahan ini dikekalkan. ”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

zat Abdul Jalil serta Ketua Wanita BN Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, semalam.

Abang Johari berkata, ia jaminan kepada Sarawak sekiranya BN Negeri mencapai sasaran memenangi 28 atau 29 daripada 31 kerusi Parlimen pada PRU14.

“BN Sarawak menyasarka­n 28 atau 29 kerusi Parlimen dan jika kami dapat mencapai 28 kerusi... maka ingat-ingatlah wanita kami yang bekerja kuat,” katanya.

Sarawak setakat ini diwakili dua wanita di kabinet pusat iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Abang Johari berkata Sarawak berterima kasih kepada perdana menteri kerana mengiktira­f wanita dengan memperkasa peranan mereka.

Bagaimanap­un ujar beliau, apa yang penting kini adalah mengekalka­n kestabilan negeri dan negara juga kesinambun­gan kerajaan yang dapat memberi nikmat kepada rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bagi kerajaan negeri katanya, peranan wanita sentiasa diiktiraf kerana menyedari bahawa golongan itu amat penting membantu pembanguna­n negeri termasuk ekonomi digital.

“Sarawak mempunyai wanita yang terlibat dengan perniagaan atas talian yang amat memberangs­angkan.

“Saya yakin dapat mencapai ekonomi digital untuk Sarawak atas bantuan wanita serta diiringi kaum lelaki,” tegasnya.

Abang Johari pada masa yang sama menyatakan komitmen Sarawak akan terus memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai perdana menteri.

Jelasnya, Sarawak berjanji akan memberi kerjasama untuk memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengarah Operasi PRU14 Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing.

 ??  ??
 ??  ?? GEMPUR: Abang Johari (tengah) bersama Fatimah (dua kiri) dan Shahrizat (tiga kanan) bersama ahli jentera wanita BN melaungkan kata semangat selepas simbolik perasmian.
GEMPUR: Abang Johari (tengah) bersama Fatimah (dua kiri) dan Shahrizat (tiga kanan) bersama ahli jentera wanita BN melaungkan kata semangat selepas simbolik perasmian.
 ??  ?? BERJUANG BERSAMA: Awang Tengah bersama tetamu kenamaan dan para penyokong BN.
BERJUANG BERSAMA: Awang Tengah bersama tetamu kenamaan dan para penyokong BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia