Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang mega Jepun cuba tawan AS sekali lagi

- Oleh Shaun Tandon

25 tahun selepas X Japan pertama kali cuba menawan pasaran di Amerika Syarikat (AS), kumpulan ‘metalhead’ itu mencuba sekali lagi – dan perkembang­an barubaru ini, dilihat sekali imbas, tidak kelihatan menggalakk­an.

Yoshiki, pemain dram yang amat bertenaga dan penulis lagu utama kumpulan rock itu yang merupakan kumpulan superstar pada zaman 1980an di Jepun, pada tahun lepas menjalani pembedahan segera ke atas leher yang rosak teruk akibat amalan ‘headbangin­g’ selama bertahun-tahun.

Namun Yoshiki amat degil, dan pada hujung minggu ini dia membawa X Japan ke Coachella, festival muzik paling terkenal di AS – pembuka kepada album studio pertama kumpulan itu sejak 1996.

Dalam undian yang mungkin nasib paling buruk bagi sebuah kumpulan yang membuat persembaha­n di gurun California itu, X Japan akan menaiki pentas lebih kecil pada malam Sabtu pada waktu yang sama dengan penghibur utama Beyonce.

Masa persembaha­n itu kemungkina­n bermakna penonton yang luar biasa kecil bagi kumpulan rock itu yang masih mempunyai ramai peminat fanatik di tanah air dan pernah membuat persembaha­n di arena di New York dan London.

“Saya sangat teruja tetapi pada waktu yang sama saya tertanya-tanya tentang jenis reaksi yang kita akan perolehi,” kata Yoshiki Hayashi, yang hanya menggunaka­n nama pertamanya sahaja, kepada AFP menerusi telefon.

Yoshiki berkata album yang belum diberi tajuk itu, dan akan dikeluarka­n pada 2018, juga merupakan album pertama kumpulanny­a yang hampir keseluruha­nnya dalam bahasa Inggeris dan secara khusus menyasari audiens antarabang­sa.

Yoshiki, ketika memberi deskripsi tentang muzik baharu yang dirakamkan di studionya di bandar raya angkatnya di Los Angeles, berkata “bunyinya agak mencabar – saya akan katakan bahawa ia malah jauh lebih resah”.

- Pembukaan baharu untuk penghibur asing? -

Yoshiki, seorang pemain piano yang dilatih secara klasikal, mengadunka­n struktur simfoni ke dalam dunia ‘glam metal’ yang ‘high-octane’ dengan rambut terpacak, dan pemain dram yang kurus itu memukul dram dengan begitu ganas sekali sehinggaka­n dia menggeliat di atas lantai dalam kesakitan pada hujung persembaha­n.

Pada 1992, kumpulan itu mengadakan sidang akhbar di New York untuk mengumumka­n satu perjanjian rekod di AS setelah dengan tergesages­a mempelajar­i sedikit bahasa Inggeris, tetapi cubaan untuk menembusi pasaran muzik terbesar di dunia gagal.

Yoshiki, 52, berkata masa sudah berubah.

Sejumlah kecil artis daripada Psy dari Korea Selatan hingga kepada Luis Fosi dari Puerto Rico sudah tular dengan lagu-lagu bukan Inggeris, dan sentiasa menjadi penampilan yang unik dalam radio dan carta AS.

“Dua puluh tahun kemudian, sekarang kita ada internet, YouTube dan media sosial dan segalanya, jadi ia dunia yang hampir berlainan,” kata Yoshiki.

Di bahagian sebelah, dominasi rock mungkin sudah pudar. Coachella buat pertama kali tidak ada kumpulan rock yang membuat persembaha­n utama.

Bagaimanap­un Yoshiki menyuaraka­n rasa optimis, dan berkata generasi muda lebih mudah menikmati muzik dalam pelbagai genre.

Yoshiki rasa selesa dalam bahasa Inggeris tetapi mengakui dia sahaja yang rasa begitu dalam kumpulan itu, dengan vokal penyanyi utama Toshi yang bersemanga­t.

“Saya mula fikir bahawa kita tidak perlu sebut dengan sempurna. Kami dari Jepun. Mungkin sedikit loghat adalah hebat,” katanya sambil ketawa.

- Bantuan daripada Manson -

Sejak dia berhijrah ke Los Angeles, Yoshiki – yang pernah membuat persembaha­n di hadapan Maharaja Akihito dan di dewan konsert utama – menjalin persahabat­an yang tidak dijangkaka­n dengan putera ‘goth’ yang sentiasa menimbulka­n kontrovers­i, Marilyn Manson.

Kedua-dua mereka menjadi rapat kerana sama-sama memuja David Bowie.

Yoshiki berkata dia mendapati Mason “memberi inspirasi” dari segi muzik dan dia menyertai X Japan dalam studio, tetapi ia tidak jelas sejauh mana Manson akan muncul dalam album mereka.

Album studio itu adalah yang pertama tanpa gitaris X Japan, hide, yang meninggal dunia pada 1998 disyaki membunuh diri.

Yoshiki berkata dia menyusun muzik baharu seakan-akan hide bermain gitar.

“Semangatny­a ada dalam album itu,” kata Yoshiki.

Yoshiki sendiri terpaksa menghentik­an jelajah setahun lalu apabila dia hilang deria rasa pada sebelah tangannya. Pembedahan kecemasan mengimplan ceper serviks tiruan.

Yoshiki berkata dia enggan mengurangk­an stail dramnya yang “super berat”.

Namun dalam satu konsesi kepada kesihatann­ya, dia tidak lagi melakukan ‘headbang’.

“Saya akan berkata kepada mana-mana artis rock yang melakukan ‘headbangin­g’, tolong jangan keterlalua­n melakukann­ya. Ia amat berbahaya,” kata Yoshiki.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUTUS ASA: Gambar fail yang diambil pada 24 Oktober 2017 ini menunjukka­n pemuzik, penulis lagu, komposer dan penerbit Jepun, Yoshiki, ketua dan pengasas kumpulan ‘heavy metal’ X Japan, semasa berada di Paris. Lebih 25 tahun selepas X Japan...
— Gambar AFP TIDAK PUTUS ASA: Gambar fail yang diambil pada 24 Oktober 2017 ini menunjukka­n pemuzik, penulis lagu, komposer dan penerbit Jepun, Yoshiki, ketua dan pengasas kumpulan ‘heavy metal’ X Japan, semasa berada di Paris. Lebih 25 tahun selepas X Japan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia