Utusan Borneo (Sarawak)

32 KAKI ‘ LALOK’ DICEKUP

Seorang wanita antara suspek berusia 20-41 tahun ditahan dalam serbuan ke atas rumah di Krokop.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Tindakan menjadikan sebuah rumah sebagai tempat melepaskan gian mengundang padah apabila 31 lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah ditahan di sebuah rumah di Krokop di sini, 10 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 41 tahun itu ditangkap kira-kira jam 1.30 petang.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu ke rumah tersebut.

“Hasil intipan dan serbuan selama dua jam itu berjaya menemui dan menahan kesemua suspek yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, kelmarin.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati suspek yang ditangkap tidak mempunyai kesalahan lampau.

“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu masing-masing dengan anggaran berat 0.25 dan 0.26 gram.

“Manakala 29 lelaki dan seorang wanita pula ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana ujian air kencing didapati positif dadah,” katanya.

Sahar berkata, kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan selanjutny­a.

Dalam kes berasingan, seorang pengawal keselamata­n kem balak yang dipercayai giat mengedar dadah di sebuah kem pembalakan di Long Lama, Marudi sejak setahun lalu berjaya diberkas polis petang kelmarin.

Serbuan tersebut yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak turut merampas dadah jenis syabu dengan nilai anggaran RM9,000.

Sahar berkata, melalui maklumat dan risikan polis, lelaki berusia 49 tahun itu berjaya ditangkap kira-kira jam 2 petang.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sebuah kuarters tidak bernombor di sebuah kem pembalakan di Marudi.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas papan pemuka kenderaan itu telah dijumpai satu bekas besi berwarna hitam yang di dalamnya mengandung­i 16 keratan tiub penyedut minuman yang setiap satu mengandung­i ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kira-kira 5.30 gram,” katanya.

Sahar berkata, pemeriksaa­n lanjut di dalam bilik tidur suspek turut membawa kepada penemuan satu bekas plastik putih mengandung­i 21 peket plastik lutsinar, setiap satunya mengandung­i ketulanket­ulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat anggaran 34.15 gram.

Katanya, pemeriksaa­n awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Semakan rekod mendapati suspek pernah mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan pada tahun 2010.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sahar berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? SUSPEK: Seramai 31 lelaki dan seorang wanita ditahan atas kesalahan dadah. SARANG DADAH: Keadaan di satu sudut rumah di Krokop yang dijadikan tempat melepaskan gian.
SUSPEK: Seramai 31 lelaki dan seorang wanita ditahan atas kesalahan dadah. SARANG DADAH: Keadaan di satu sudut rumah di Krokop yang dijadikan tempat melepaskan gian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia