Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI JATUH SUNGAI KETIKA HENDAK KE PASAR MARUDI

-

MARUDI: Perjalanan menuju ke Pasar Marudi untuk menjual hasil ikan dan udang bertukar tragedi apabila seorang lelaki hilang dipercayai terjatuh dari perahu di Sungai Baram berdekatan Lubok Nibong Marudi di sini, pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Jamin Seligi, 51, dari Rumah Jipun, Sungai Gaong.

“Bilik kawalan Bomba Marudi menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada jam 9.16 pagi.

“Sebuah bot bersama lima anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Iskandar Aus bergegas ke lokasi kejadian dalam anggaran 30 kilometer melalui sungai,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Law berkata, Pasukan Penyelamat Dalam Air Zon 6 Miri terdiri daripada enam anggota penyelam diketuai PBK II Nasir Razali turut turun membantu.

“Pasukan penyelamat membuat pencarian menggunaka­n kaedah ‘water surface’ dan membuat selaman dengan ikatan tali penyelamat­an.

“Pasukan bomba juga menggunaka­n kaedah pancing kail dengan duri rotan bersama pasukan polis dan orang kampung,” katanya.

Beliau berkata, status operasi terkini melaporkan pemasangan ‘tagging’ lokasi mangsa mula-mula jatuh dan operasi pencarian bermula di hilir sungai menggunaka­n bot.

Setakat jam 5 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan pihak bomba.

 ??  ?? OPERASI: Anggota penyelam bomba menyelam ke dalam sungai bagi mencari mangsa. TABAH: Ahli keluarga menanti berita misi pencarian mangsa.
OPERASI: Anggota penyelam bomba menyelam ke dalam sungai bagi mencari mangsa. TABAH: Ahli keluarga menanti berita misi pencarian mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia