Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah, lima warga Indonesia antara 17 diberkas

-

BINTULU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Daerah Bintulu telah menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 29 tahun atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 6.54 gram dengan anggaran nilai RM1,000 dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di ladang sawit kawasan Perindustr­ian Samalaju, di sini sekitar jam 3.45 awal pagi Ahad lalu.

Ketua JSJN Sarawak di IPK Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif, dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n semalam, menjelaska­n bahawa operasi Ops Khas yang dijalankan itu membawa kepada penemuan 20 keratan tiub penyedut minuman mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 6.54 gram dalam bilik tidur suspek.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur itu turut mengesahka­nnya positif dadah jenis sama,’ ujarnya.

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu katanya, akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral Bintulu bagi tindakan lanjut.

Seterusnya, dalam operasi berasingan JSJN sekitar jam 6 pagi hari yang sama, 16 lelaki berumur 18 hingga 49 tahun, empat daripadany­a warga Indonesia, telah ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 35, Jalan Bintulu-Miri kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Hasil pemeriksaa­n ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki terbabit positif dadah, di mana kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Sek.15(1)(a) ADB 1952,” jelasnya. Difahamkan kesemua suspek turut ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu untuk siasatan selanjutny­a.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek yang ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan ladang kawasan perindustr­ian Samalaju dan dadah jenis Methamphet­amine yang ditemui dalam bilik tidur suspek.
DICEKUP: Suspek yang ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan ladang kawasan perindustr­ian Samalaju dan dadah jenis Methamphet­amine yang ditemui dalam bilik tidur suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia