Utusan Borneo (Sarawak)

Curi alat pemampat udara, dua lelaki dipenjara enam bulan

-

SIBU: Dua lelaki yang mengaku mencuri sebuah alat pemampat udara, masingmasi­ng dijatuhkan hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ngien Ung Kui, 39, dan Yong Siok Lung, 46, diperintah menjalani hukuman penjara itu oleh Majistret Muhamad Faizal Che Saad bermula daripada tarikh kedua-dua mereka ditahan, 8 April lepas.

Mengikut pertuduhan, Ngien dan Yong didakwa mencuri sebuah alat pemampat udara bernilai RM1,500 dari sebuah pusat refleksolo­gi di Jalan Pahlawan pada 8 April lalu, kira-kira jam 1.30 petang.

Sehubungan itu, keduadua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34, kanun yang sama.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu terlihat dua lelaki iaitu kedua-dua tertuduh naik ke tingkas atas pusat refleksolo­gi sambil membawa sebuah alat pemampat udara.

Pengadu kemudian menahan kedua-dua lelaki terbabit kerana yakin alat yang dibawa itu adalah milik pusat refleksolo­gi terbabit.

Kira-kira jam 3.30 petang hari sama, sepasukan anggota polis dari Balai Sungai Merah menahan dua lelaki di sebuah bangunan yang mereka sewa di Jalan Pahlawan dan menemui semula alat berkenaan.

Hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis mendapati kedua-dua tertuduh cuba mengusik CCTV yang dipasang di pusat terbabit dan melarikan sebuah alat pemampat udara di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia