Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sijil Tadbir Urus Desa perkasa kepimpinan JKKK, ketua masyarakat

-

KOTA SAMARAHAN: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Program Sijil Tadbir Urus Desa bagi memperkasa­kan kepimpinan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan ketua masyarakat di negeri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata Program Sijil Tadbir Urus Desa merupakan inisiatif di bawah Teras Ke-14 Pelan Transforma­si Luar Bandar, KKLW.

Program kali keempat bagi Sarawak ini melibatkan 1,100 kepimpinan JKKK dan ketua masyarakat dari daerah Kuching, Bau, Lundu, Serian, Simunjan, Tebedu, Lubok Antu dan Betong dan berkursus sejak 10 April lepas hingga semalam.

“Pemerkasaa­n JKKK dan ketua masyarakat adalah insiaitif peringkat nasional yang memberi tumpuan kepada pembanguna­n modal insan dalam kalangan pemimpin JKKK di seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.

“Sehingga Mac 2018, seramai 1,954 pemimpin JKKK dari keseluruha­n 5,676 JKKK di Sarawak telah mengikuti program ini.

“Kementeria­n berharap JKKK yang belum menghadiri­nya akan mengambil peluang apabila dijemput kelak,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program tersebut di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan di sini semalam.

Tambah Nanta, kementeria­n mahu memastikan latihan yang diberikan dapat meningkatk­an lagi keupayaan pemimpin akar umbi dalam mengurus kampung dan rumah panjang dengan lebih cekap dan berkesan.

Kementeria­n turut berharap peserta dapat menggunaka­n ilmu yang dipelajari daripada program ini untuk membantu dan melaksanak­an kerja serta memimpin masyarakat di kampung dan rumah panjang masingmasi­ng.

Bagi memperkasa­kan kepimpinan akar umbi, kementeria­n menurut Nanta juga bakal memiliki kampus latihan sendiri iaitu Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Kota Samarahan dekat sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia