Utusan Borneo (Sarawak)

Luar bandar ditransfor­masi menerusi konsep baharu

Kerajaan negeri mentransfo­rmasi luar bandar menerusi pembanguna­n berasaskan bidang pertanian: Abg Johari

- Oleh Agnes Tugong

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri akan mentransfo­rmasi kawasan luar bandar negeri ini menerusi konsep baharu pembanguna­n luar bandar berasaskan bidang pertanian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bagi tujuan itu kerajaan, pertama akan menyediaka­n infrastruk­tur asas bagi pembanguna­n pertanian di luar bandar.

Kedua, Sarawak katanya akan menggunaka­n teknologi untuk menambah nilai sumber yang dikeluarka­n oleh negeri ini dan ketiga pembanguna­n bakat.

“Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan membantu kita melatih pemimpin kita di peringkat akar umbi dan saya berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana menubuhkan Kampus INFRA di Kota Samarahan.

“Institut ini adalah untuk memberi latihan kepada pemimpin akar umbi kita di mana mereka dilatih bagaimana untuk mentadbir urus kampung dan rumah panjang masing-masing.

“Ini adalah sebahagian daripada proses transforma­si kita, di mana dalam kita mentransfo­rmasi ekonomi dan pembanguna­n luar bandar, kita juga perlu transforma­sikan kepimpinan akar umbi di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Desa 2018 Zon Sarawak di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

Tambah Abang Johari, transforma­si pemimpin luar bandar dalam tadbir urus desa adalah penting dalam program transforma­si luar bandar Sarawak.

Malah menurut Abang Johari, ia juga selari dengan polisi Sarawak di mana kita perlu menggunaka­n sebaiknya teknologi dalam pengurusan luar bandar.

Menyentuh mengenai perkembang­an di Samarahan pula, Abang Johari berkata kerajaan telah bersetuju membina Taman Perindustr­ian Bio tidak jauh dari Pusat Pengumpula­n dekat Taman Perindustr­ian Kota Samarahan di mana pemprosesa­n produk tani boleh dilakukan di sini.

Taman tersebut katanya, sudah ada cuma perlu diubah suai mengikut kehendak para usahawan yang menjalanka­n perusahaan dalam industri tani.

Jika taman ini berjaya katanya, ia akan diperluask­an di daerah-daerah lain seperti Betong dan kawasan utara negeri ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata kawasan luar bandar telah melalui transforma­si dan cara mentadbir urus desa juga harus berubah mengikut perubahan semasa.

“Pemimpin akar umbi mesti diberi latihan dan pendedahan tentang apa yang berlaku pada masa kini.

“Produktivi­ti harus ditingkatk­an dan sebab itu saya mahu kita berganjak kepada digital termasuk dari segi cara kita mentadbir urus desa kita,” katanya pada majlis tersebut yang turut dihadiri isteri beliau Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morhsidi Abdul Ghani.

“Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan membantu kita melatih pemimpin kita di peringkat akar umbi dan saya berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana menubuhkan Kampus INFRA di “Kota Samarahan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KENANGAN: Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (tujuh kanan) serta tetamu kenamaan yang lain merakamkan gambar bersama pemimpin masyarakat selepas penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa 2018 Zon Sarawak di UNIMAS semalam.
— Gambar Chimon Upon KENANGAN: Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (tujuh kanan) serta tetamu kenamaan yang lain merakamkan gambar bersama pemimpin masyarakat selepas penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa 2018 Zon Sarawak di UNIMAS semalam.
 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari memotong reben bagi menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Kampus INFRA Cawangan Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Nanta, Juma’ani dan Uggah.
SIMBOLIK: Abang Johari memotong reben bagi menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Kampus INFRA Cawangan Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Nanta, Juma’ani dan Uggah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia