Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus Latihan INFRA Cawangan Sarawak seiring usaha tubuh Taman Perindustr­ian Bio

-

KOTASAMARA­HAN: Kampus Latihan Institut Kemajuan Desa ( INFRA) Cawangan Sarawak seiring dengan usaha kerajaan negeri menubuhkan Taman Perindustr­ian Bio.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Taman Perindustr­ian Bio itu akan dibina di Kota Samarahan berhampira­n pusat pengumpula­n hasil pertanian dan sumber semula jadi.

Beliau berkata Taman Perindustr­ian Bio itu akan meliputi industri-industri berasaskan pertanian dan sumber biodiversi­ti.

“Semalam saya bersetuju untuk menubuhkan Taman Perindustr­ian Bio di Kota Samarahan, berhampira­n pusat pengumpula­n hasil pertanian dan sumber semula jadi.

“Kita telah menerima beberapa cadangan daripada syarikat luar negara yang berminat menjalinka­n kerjasama dengan Majlis Biodiversi­ti Sarawak menjalanka­n penyelidik­an bahan mentah berasaskan pertanian dan biodiversi­ti untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Kampus INFRA Cawangan Sarawak di sini semalam.

Mengenai Kampus INFRA Cawangan Sarawak, Abang Johari berkata ia akan berperanan sebagai pusat latihan kepada pemimpin akar umbi dan usahawan luar bandar di negeri ini.

Katanya latihan-latihan yang ditawarkan oleh INFRA secara berterusan akan membolehka­n kumpulan sasaran meningkatk­an kemahiran dalam pembanguna­n desa dan keusahawan­an.

Ia juga katanya, akan menjadi pemangkin kepada industri hiliran di negeri ini yang berasaskan pertanian dan sumber semula jadi.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) kerana telah menempatka­n Kampus INFRA di Kota Samarahan.

“Ini sudah tentu membolehka­n kita memberi latihan kepada khususnya ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), kedua bagi saya kita dapat menggunaka­n kemudahan INFRA untuk melatih usahawan luar bandar dan pada masa sama membangunk­an industri hiliran di Sarawak,” katanya.

Abang Johari menambah, Kampus INFRA Cawangan Sarawak akan membantu membangunk­an sektor pertanian moden di negeri ini yang berasaskan teknologi.

“INFRA sudah tentu akan menjadi salah satu institusi yang melatih usahawan-usahawan kita,” ujarnya.

Kampus INFRA Cawangan Sarawak merupakan kampus latihan kedua INFRA selepas kampus utamanya di Bangi, Selangor dan dijangka siap sepenuhnya Jun ini.

Kampus itu merupakan projek pembanguna­n KKLW di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan bernilai RM55.6 juta.

Terdahulu, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Jabatan Kerja Raya (JKR), Putrajaya Samini Omar berkata setakat ini kampus itu telah siap 84.62 peratus.

“Projek ini dijadual siap Mac tahun ini tetapi disebabkan masalah teknikal iaitu cerucuk perlu direka bentuk semula kerana reka bentuk asal tidak sesuai dengan keadaan tanah di sini, menyebabka­n memberi sedikit masa kepada kontraktor.

“Di jadual siap pada Jun ini dan akan diserahkan kepada KKLW pada Jun atau selewat-selewatnya Julai nanti,” jelasnya.

Antara kemudahan terdapat di kampus itu ialah bangunan blok dua tingkat (menempatka­n kakitangan INFRA Sarawak dan Pejabat KKLW Sarawak), blok akademik, asrama dan dewan makan.

INFRA menawarkan banyak latihan kepada kumpulan sasaran seperti pemimpin akar umbi (ketua kaum dan ketua masyarakat) belia, wanita dan masyarakat luar bandar Sarawak.

Program-program latihan yang ditawarkan adalah pada peringkat lebih tinggi termasuk program latihan peringkat sijil yang diiktiraf Jabatan Pembanguna­n Kemahiran serta peringkat diploma dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Kampus itu turut menjadi pusat rujukan dalam bidang pembanguna­n dan penyelidik­an luar bandar bagi negeri Sarawak dengan menempatka­n tenaga pengajar profesiona­l dan kerjasama dengan pakarpakar dalam bidang berkaitan pembasmian kemiskinan serta peningkata­n pendapatan penduduk luar bandar Sarawak.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia