Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima digalak buka akaun bank permudah BR1M disalur

-

MIRI: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin digalak membuka akaun bank bagi memudahkan penyaluran terus bantuan tersebut kepada mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin yang juga wakil rakyat kawasan Senadin berkata, dengan adanya akaun bank sendiri, ia bukan sahaja memudahkan kerajaan menyalurka­n BR1M terus ke akaun penerima, malah tempoh menerima bantuan juga lebih cepat berbanding melalui baucar.

Ini kerana menurut beliau, sesetengah penerima BR1M masih sukar dihubungi dan tidak kurang juga yang kerap bertukar alamat atau berpindah mengikut majikan atau pekerjaaan dan sebagainya.

Menurut Lee, beliau faham dengan situasi tersebut khususnya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan kerap berpindah mengikut majikan dan projek yang dilaksanak­an.

“Justeru kita galakkan mereka membuka akaun bagi memudahkan mereka sendiri.

“Malah kalau ada akaun mereka tidak perlu risau kerana duit tersebut akan masuk terus ke akaun mereka dan tepat pada waktunya,” katanya.

“Bagi mereka yang tiada masa untuk datang menuntut baucar atau bertukar alamat mahupun sukar dihubungi, maka menyalurka­n bantuan melalui akaun bank adalah cara terbaik,” tambahnya.

Lee memberitah­u demikian kepada pemberita semasa penyerahan BR1M kepada penerima baucar BR1M di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pujut di sini, semalam.

Katanya setakat ini 175 penerima telah dipanggil untuk mendapatka­n bau- car masing-masing, namun hanya 120 dapat dihubungi manakala bakinya tidak dapat dikesan.

“Ada antara mereka sudah meninggal dunia dan tidak kurang juga yang sudah bertukar alamat.

“Jika usaha untuk mengesan mereka ( yang masih hidup) masih tidak berjaya dilakukan maka kita tiada pilihan lain melainkan harus mengembali­kan baucar berkenaan kepada pihak kerajaan semula (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – LHDM),” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama, Lee merasmikan pameran Program Patrol Denggi 2018.

Menurut jurucakap sekolah, program itu diselitkan semasa penyampaia­n BR1M sebagai usaha meningkatk­an kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai pentingnya menjaga kebersihan dan bahaya wabak denggi.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Miri Adam Yii serta Guru Besar SJK Chung Hua Pujut Chuo Kwong Ung.

 ??  ?? TERIMALAH: Lee menyerahka­n bantuan kepada warga emas, Jauyah Mat, 84, sambil disaksikan Adam (kiri) dan yang lain.
TERIMALAH: Lee menyerahka­n bantuan kepada warga emas, Jauyah Mat, 84, sambil disaksikan Adam (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia