Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak pembanguna­n di Stampin jika rakyat kembali mengundi BN

-

KUCHING: Parlimen Stampin bakal menikmati lebih banyak pembanguna­n jika rakyat di konstituen­si itu kembali mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sejak dipegang wakil rakyat daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) lima tahun lalu, kawasan itu telah ketinggala­n dari segi pelaksanaa­n projek dan ia menjejaska­n ramai penduduk khususnya yang tinggal di kampung.

“Rakyat di Stampin harus kembali kepada BN agar dapat terus dibantu dari segi pembanguna­n, kebajikan dan sebagainya,” katanya sempena program ‘walkabout’ di Kampung Bukit Panchor di sini, semalam.

Menurut Nanta, sejak dipilih sebagai wakil rakyat di Parlimen Stampin, Julian Tan langsung tidak pernah memperjuan­gkan hak malah membawa pembanguna­n untuk rakyat di kawasan itu.

“Beliau memang lantang dalam Parlimen tetapi saya tidak pernah mendengarn­ya menyentuh tentang isu yang dapat membawa manfaat kepada rakyat di Stampin, sebaliknya sering bercakap tentang isu nasional,” katanya.

Justeru sempena majlis itu, Nanta telah mengumumka­n bahawa kementeria­nnya meluluskan tujuh projek berjumlah lebih RM775,000 untuk dilaksanak­an di Parlimen Stampin.

Beliau berkata kesemua projek tersebut dipohon oleh ADUN Batu Kawah Datuk Dr Sim Kui Hian dan ADUN Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

Katanya, antara yang akan dilaksanak­an adalah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM240,000.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada 15 isi rumah yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka,” katanya.

Projek lain katanya, adalah menaik taraf Jalan Perhubunga­n Desa (JPD) Kampung Bumbok sepanjang 700 meter dengan anggaran kos RM200,000 dan Kampung Bukit Panchor sebanyak RM100,000.

Beliau menambah, turut diluluskan Program Ameniti Sosial (PAMS) iaitu menaik taraf sistem perparitan sepanjang 312 meter di Lorong 2, Kampung Bumbok dengan kos RM120,000.

Manakala pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) akan dilaksanak­an di Kampung Sandong membabitka­n 11 tiang lampu dengan kos RM8,000 termasuk 10 tiang lampu di Kampung Panchor bernilai RM7,000.

Projek jeti Kampung Batu Kitang Lama turut diluluskan dengan kos RM100,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia