Utusan Borneo (Sarawak)

Perang psikologi usaha terdesak pembangkan­g: Awang Tengah

-

LAWAS: Pembangkan­g menggunaka­n pendekatan perang psikologi untuk mempengaru­hi pemikiran dan pendirian rakyat yang merupakan penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berpendapa­t tindakan terdesak itu dilakukan kerana mereka menyedari Sarawak merupakan kubu kuat BN sejak dahulu lagi.

“Mereka (pembangkan­g) menggunaka­n perang psikologi agar rakyat dapat dipengaruh­i dari segi persepsi menunjukka­n seolah-olah BN itu goyah.

“Sebaliknya BN akan terus memerintah negara kita ini berdasarka­n analisis yang dibuat pelbagai sumber,” katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya BN bagi kawasan P.222 Lawas di Stadium Tertutup Lawas di sini, semalam.

Turut hadir Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Panel Penasihat Undang-Undang PBB Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi PBB Cawangan Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, Sarawak mengukir nama di negara ini apabila menang 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Jelas beliau, kemenangan 72 kerusi itu merangkumi dua kawasan iaitu Bukit Kota (Limbang) dan Bukit Sari (Lawas) melalui kemenangan tanpa bertanding.

“Melalui kemenangan bergaya ini, dengan sendirinya nama Limbang dan Lawas dekat di hati pemimpin di peringkat pusat dan negeri.

“Sudah pasti dengan sokongan dan dukungan rakyat yang setia, kawasan paling utara Limbang dan Lawas akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional,” ujarnya.

Awang Tengah menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dalam memperjuan­gkan nasib rakyat seperti yang terkandung dalam akujanji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya apabila tiba masanya, manifesto ini merupakan yang terbaik sebagai keutamaan BN dalam memperjuan­gkan untung nasib rakyat.

Malah katanya, pembinaan Lapangan Terbang Mukah dan Lawas turut disenaraik­an dalam manifesto itu yang tidak mengetepik­an keperluan rakyat di Sarawak termasuk di utara negeri ini.

“Pemimpin parti komponen BN memahami isi hati rakyat, bukan seperti pemimpin pembangkan­g hanya bersifat peribadi.

“Kita berjuang untuk rakyat, saya yakin bahawa kita mempunyai persefaham­an lebih jitu dalam BN berbanding pembangkan­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia