Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrizat berharap lebih ramai calon wanita pada PRU14

-

KOTA SAMARAHAN: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap lebih ramai calon wanita termasuk dari Sarawak akan diketengah­kan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Menurutnya malahan beliau telah berbisik kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai pengerusi BN Negeri agar menambah calon wanitanya.

“Tadi saya turut berbisik kepada ketua menteri ber- hubung penambahan calon wanita dari Sarawak… beliau senyum dan saya berasakan senyuman itu adalah harapan.

“Saya berharap Sarawak akan terus konsisten memberi peluang kepada wanita kerana Sarawak mempunyai prestasi yang baik melibatkan wanita sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera PRU14 Wanita BN Sarawak yang disempurna­kan Abang Johari di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, semalam.

Sementara itu terdahulu dalam ucapannya Shahrizat berkata selagi beliau sebagai ketua wanita BN, beliau akan terus memastikan wanita akan ditingkatk­an jumlahnya sebagai calon BN.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya untuk PRU14 ini iaitu pada 9 Mei dan kita akan pastikan menang dengan bergaya,” tegasnya.

Beliau berkata, Wanita BN mempunyai templat teras untuk digunakan jentera pergerakan tersebut menghadapi PRU14.

Beliau berkata ia akan digunakan oleh seluruh negeri, namun ada sedikit kelainan mengikut kesesuaian masing-masing.

Majlis dihadiri Ketua Wanita BN Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengarah Operasi PRU14 Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia