Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga dalam talian turut diberi bantuan, kemudahan oleh kerajaan MiTec bantu usahawan kotej Sarawak pasarkan produk ke peringkat global

-

LIMBANG: Kerajaan negeri menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk peniaga mengembang dan memajukan perniagaan secara dalam talian.

Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkap Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais berkata, pusat inkubator Borneo 744 di bawah kelolaan MaGIC dan Innovation Hub oleh TEGAS merupakan antara kemudahan yang diwujudkan untuk peniaga berniaga secara dalam talian.

“Selain itu, kerajaan juga menyediaka­n insentif geran seperti program TUBE oleh SME Corp yang mempertimb­angkan RM15,000 kepada usahawan baharu yang terpilih.

“Program lain termasuk program eTrade oleh MATRADE, eRezeki dan eUsahawan oleh MDEC dan sebagainya untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) memulakan perniagaan serta menambah baik produk mereka, sekali gus menceburi bidang e-dagang,” katanya pada perasmian Bengkel Pemasaran Online Siri Enam 2018 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Hadir sama Residen Limbang Ahmad Denny Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Penolong Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Sarawak Catherine Lee Pi Ying, Konsultan Saramedia Global Sdn Bhd Mohamad Ridzwan Edris dan Mohamad Abu Bakar daripada Persatuan Melayu Limbang.

Naroden berkata, perniagaan dalam talian jika diusahakan mampu mengembang­kan perniagaan.

“Kita boleh lihat sehingga kini Lazada merupakan antara syarikat e-dagang terlaris di Malaysia, diikuti Zalora dan 11street.

“Ranking ini dinilai berdasarka­n kesesakan trafik, jumlah staf dan pengikut di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” ujarnya.

Beliau berkata menerusi iPrice, laman web Lazada menerima 29 juta pengunjung sebulan manakala 11street menerima sembilan juta pengunjung sebulan.

“Jumlah ini menunjukka­n bahawa perniagaan C2C (Customer to Customer) menerima penerimaan yang menggalakk­an.

“Pada masa sama, ia bukan sahaja membantu pembeli membanding­kan harga malah memudahkan para peniaga memasarkan produk mereka ke pasaran lebih luas,”ujarnya.

Katanya platform seperti ProdukSara­wak mampu meningkatk­an kebolehupa­yaan rakyat Sarawak untuk bersaing dalam penghasila­n platform e-dagang berkualiti, selain mampu meningkatk­an keberkesan­an mempromosi­kan produk Sarawak di peringkat global. KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang (MiTec) giat bantu usahawan kotej di Sarawak pasarkan produk ke peringkat global.

Menteri Mudanya Datuk Naroden Majais berkata, ini sebagai usaha memperting­katan pasaran dan jualan produk usahawan yang sudah bertapak kukuh di negeri ini.

“Kalau dahulu urus niaga hanya berlaku di sekitar pasaran tempatan dan sukar berkembang.

“Tetapi sekarang usahawan ada peluang memasarkan­nya ke seluruh dunia menerusi atas talian.

“Justeru usahawan perlu ubah cara berniaga, daripada pasaran dalam negeri sahaja, jual produk ke peringkat antarabang­sa pula,” katanya ketika berucap pada Bengkel Pemasaran Online di Mukah baru-baru ini.

Namun tegas beliau, sesuatu produk itu mestilah berkualiti tinggi termasuk bungkusann­ya, selain cukup bekalan untuk memenuhi permintaan dunia.

Naroden turut menjelaska­n bahawa sesar unjur, ikan tahai dan gula apong adalah antara produk kotej berpotensi ke pesaran luar negara tetapi jumlahnya amat terhad.

Bengkel percuma dua hari itu disertai lebih 100 peserta di bahagian Mukah diadakan selepas penganjura­nnya di Lawas dan Sibu.

Program akan diteruskan di setiap bahagian dengan matlamat memberi pendedahan dan kemahiran kepada usahawan cara menggunaka­n aplikasi dalam talian.

Porduk berpotensi serta bekalan mencukupi antara lain boleh disenaraik­an di Sarawak Product Taste of Borneo, portal yang dibangunka­n Saramedia Global Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Saramedia Mohamad Rizwan Edris berkata, usahawan yang menjual produk import juga dibolehkan menyertai portal tersebut.

“Walaupun produknya berasaskan import, boleh meny- ertai portal Sarawak Product asalkan usahawanny­a anak jati Sarawak,” katanya.

Mengambil contoh produk Ig8 Imuno Colostrum Powder keluaran SNB Global Holdings, Sibu sejak 1997 yang diusahakan ahli perniagaan berasal dari Mukah.

Produk Ig8 Imuno katanya, bukan sahaja lengkap dari segi kualiti dalaman dan luaran, malah kuantitiny­a sedia dipasarkan dengan jumlah yang banyak.

Selain pengisian portal produk Sarawak, peserta turut dibimbing untuk mengisi alamat perniagaan Google dan muka surat perniagaan di laman Facebook.

 ??  ??
 ??  ?? PRODUK KITA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) bersama Mohamad, Ridzwan, Catherine, Ahmad Denny dan Jamalie (kanan) menunjukka­n produk hasil peniaga di Limbang semalam.
PRODUK KITA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) bersama Mohamad, Ridzwan, Catherine, Ahmad Denny dan Jamalie (kanan) menunjukka­n produk hasil peniaga di Limbang semalam.
 ??  ?? LENGKAP: Produk Ig8 Imuno dan VM6 contoh produk usahawan tempatan yang berpotensi dipasarkan secara global.
LENGKAP: Produk Ig8 Imuno dan VM6 contoh produk usahawan tempatan yang berpotensi dipasarkan secara global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia