Utusan Borneo (Sarawak)

Salang mohon RM62 juta besarkan loji air Julau

-

JULAU: Penyandang Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata, sebanyak RM62 juta diperlukan bagi tujuan pembesaran Loji Rawatan Air Julau.

Salang berkata, beliau telah mengemukak­an permohonan dengan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pembesaran loji rawatan air berkenaan bertujuan untuk pembekalan air terawat termasuk ke rumah-rumah panjang di sepanjang kawasan Entabai dan Merurun.

“Saya yakin permohonan tersebut akan diluluskan tidak lama lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Inap Desa Rumah Margretta di Karangan Buloh dekat sini, semalam.

Turut hadir anak lelaki bongsu Najib, Norashman Razak, yang berkunjung ke sini untuk ingin melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang.

Sementara itu, Salang yang juga setiausaha agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan keyakinan pengundi di kawasan Parlimen Julau akan memberi sokongan kepada Barian Nasional (BN).

Ujar beliau, rakyat di kawasan itu telah matang dan sangat jelas bahawa hanya BN dapat membantu mereka meneruskan kehidupan yang lebih baik.

“Jika kita melihat Manifesto BN persekutua­n dan negeri, terdapat banyak rancangan pembanguna­n dan projek yang dirancang untuk negeri ini.

“Ini sudah tentu memerlukan sokongan penuh supaya BN terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus merealisas­ikan rancangan tersebut,” ujarnya.

Katanya, rakyat terutama di kawasan luar bandar tidak sepatutnya membuang peluang keemasan ini untuk bergerak lebih maju.

Pada majlis berkenaan, Salang menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM675,500 kepada 53 rumah panjang dan persatuan di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia