Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid Daerah Matu lancar tabung wakaf

-

MUKAH: Penduduk kawasan Matu dan sekitarnya kini boleh menyumbang kepada tabung wakaf Masjid Daerah Matu yang telah dilancarka­n.

Ahli Dewan Undangan Negeriu (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya kelmarin melancarka­n tabung wakaf berkenaan bersama pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

“Ini adalah sebahagian daripada cara kita supaya masyarakat sekeliling dapat menyumbang kepada pembinaan Masjid Daerah Matu,” katanya pada pelancaran tabung wakaf berkenaan di Pejabat Daerah Matu.

Menurutnya, semangat kekitaan dan sayang kepada masjid akan timbul sendiri jika masyarakat memberi sumbangan dalam pembinaann­ya.

“Berilah seikhlas mungkin kerana masjid itu nanti adalah kepunyaan kita semua,” jelasnya.

Pihaknya telah melantik beberapa wakil penerima wakaf terdiri daripada ketua masyarakat tempatan serta beberapa pegawai bertauliah.

Juanda turut menyatakan perancanga­n setelah masjid itu siap, di mana satu pusat madrasah akan dibina di dalamnya.

“Tidak lain dan tidak bukan tujuan membina madrasah ini adalah untuk mengimarah­kan masjid pada setiap masa,” ujarnya.

Bagaimanap­un, ia adalah sesuatu yang perlu dirancang dengan lebih teliti dan rapi sebelum dilaksanak­an sepenuhnya.

Masjid Daerah Matu dijangka siap pada penghujung tahun ini dengan kos lebih RM13 juta.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Bahagian Hartanah Tabung Baitulmal Sarawak Iskandar Allan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Juanda (tiga kanan) ketika menerima sijil wakaf daripada pihak TBS pada pelancaran tabung wakaf Masjid Daerah Matu.
TERIMA KASIH: Juanda (tiga kanan) ketika menerima sijil wakaf daripada pihak TBS pada pelancaran tabung wakaf Masjid Daerah Matu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia